awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AirBorneo rancang pengembangan, lancar operasi jet separuh kedua 2026
TNB rugi hampir RM30 juta akibat aktiviti bitcoin di Melaka
Anjung Syawal Putrajaya sokong TMM2026, pamer keunikan sambutan Ramadan di Malaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelaksanaan i-Suri bukan sekadar lunas janji manifesto - Wan Azizah

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
24/08/2018
22:15 MYT
Pelaksanaan i-Suri bukan sekadar lunas janji manifesto - Wan Azizah
i-Suri merupakan satu penghormatan dan pengiktirafan kerajaan terhadap sumbangan wanita, kata Wan Azizah. - BERNAMA
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, menegaskan pelaksanaan skim i-Suri bukan sekadar menunaikan janji dalam manifesto kerajaan semasa pilihan raya ke 14 baru-baru ini.
Sebaliknya ia secara tidak langsung merupakan satu penghormatan dan pengiktirafan kerajaan terhadap sumbangan golongan wanita.
"Kerajaan percaya wanita sentiasa memberi sumbangan kepada pembangunan negara sama ada secara langsung atau tidak langsung, termasuklah golongan suri rumah.
"Kerajaan memandang serius dan komited dalam memastikan kebajikan wanita di Malaysia sentiasa terjaga," katanya.
Setakat ini, seramai 4,365 suri rumah telah mendaftar dengan skim i-Suri, sejak pendaftaran dibuka 15 Ogos lalu.
Dalam pada itu, Wan Azizah juga berkongsi harapan untuk melihat peningkatan penyertaan wanita dalam pasaran kerja dan di peringkat tertinggi pembuatan keputusan,
"Saya harap wanita tidak mudah goyah berdepan dengan banyak cabaran di hadapan. Banyak usaha yang perlu kita laksanakan bukan sahaja di pihak kerajaan tetapi juga kolaborasi semua pihak," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Santapan Malam anjuran Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita (NCWO) pada Jumaat.
Majlis itu yang diadakan untuk meraikan kejayaan dalam pelbagai bidang dan meningkatkan kesedaran terhadap penyertaan dalam pembangunan sosio-ekonomi, turut dihadiri Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.
Topic Berkaitan
#i-Suri
#kerajaan
#Manifesto
#Suri Rumah
#Timbalan Perdana Menteri
#Wan Azizah Wan Ismail
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan