awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelaksanaan Kertas Putih Pertahanan jadi fokus utama Tok Mat

Firdaus Azil
Firdaus Azil
05/12/2022
09:40 MYT
Pelaksanaan Kertas Putih Pertahanan jadi fokus utama Tok Mat
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan mempengerusikan mesyuarat pada hari pertama beliau memulakan tugas secara rasmi di Wisma Pertahanan hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pelaksanaan Kertas Putih Pertahanan akan diteruskan di bawah kepimpinan Kementerian Pertahanan yang baharu, kata Menterinya Datuk Seri Mohamad Hasan.
Ahli Parlimen Rembau itu berkata, berdasarkan taklimat awal dari pengurusan tertinggi kementerian, Kertas Putih itu perlu dijayakan sebaik mungkin demi meningkatkan kualiti dasar pertahanan negara.
Mohamad berkata, beliau melihat proses penghasilan Kertas Putih itu dilakukan dengan baik, dan ia bakal menjadi teras kepada pelan pembangunan Angkatan Tentera Malaysia.
“Saya lihat dan dengar tadi betapa pihak ATM telah mendapat kelulusan daripada Parlimen berkenaan Kertas Putih, dan telah memulakan langkah strategik untuk terus memperkasakan ATM dalam ketiga-tiga perkhidmatan – Udara, Laut, dan Darat.
“Keutamaan saya (sebagai Menteri Pertahanan) adalah untuk bersama-sama dengan kepimpinan, setiap perkhidmatan dan juga pihak awam, untuk kita pastikan supaya Kertas Putih yang diluluskan di Parlimen itu dapat kita jayakan dengan sebaik mungkin,” katanya lagi.
Terdahulu, Mohamad, menghadiri Majlis Sambutan dan Mula Tugas Menteri Pertahanan, selain menyerikan majlis Mengambil Tabik Hormat dan Pemeriksaan Kawalan Kehormatan Utama (KKU) di sini hari ini.
Ditanya pandangan beliau mengenai isu berkaitan Kapal Tempur Pesisir (LCS), Mohamad berkata, beliau perlu sedikit masa lagi untuk meneliti tentang perkara itu.
Topic Berkaitan
#Kertas Putih Pertahanan
#Kementerian Pertahanan
#Mohamad Hasan
#Kabinet Perpaduan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan