Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP) yang dijadual bermula pada Ogos ditangguhkan sehingga diberitahu kelak, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Beliau berkata Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) diminta untuk menjalankan kajian lanjut bagi menyemak kurikulum termasuk implikasinya terhadap kos.
Beliau menegaskan bahawa keselamatan jalan raya adalah amat penting untuk mengurangkan jumlah kemalangan jalan raya di Malaysia yang dilaporkan masih tinggi.
"Kurikulum baharu penting untuk memupuk pemanduan selamat dan bertanggungjawab di kalangan pengguna jalan raya. Bagaimanapun, sebarang kos berkaitan pelaksanaan kurikulum baharu perlu mengambil kira kesan kewangan ke atas rakyat Malaysia," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Beliau berkata JPJ telah menjalankan kajian dan penyelidikan yang sewajarnya untuk mewujudkan kurikulum baharu yang akan memastikan standard baharu bagi keselamatan jalan raya di negara ini.
Liow berkata walaupun keperluan rakyat diberi keutamaan, ia perlu diseimbangkan dengan keselamatan pengguna jalan raya.
Sebelum itu, kerajaan mengumumkan pelaksanaan kurikulum baharu yang memberi penekanan kepada usaha melahirkan pemandu yang berhemah dan berdisiplin untuk menggantikan kurikulum lama yang menekankan kepada kemahiran dan pemahaman peraturan jalan raya.
Kurikulum baharu juga termasuk penukaran kepada kenderaan transmisi automatik untuk membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia terutama generasi tua dan wanita, memperoleh lesen memandu yang sah.
Sementara itu, Pergerakan Pemuda Umno tidak bersetuju jika kadar untuk mendapatkan lesen memandu kereta dan motosikal dinaikkan.
Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata beliau sudah menyuarakan pandangan Pemuda Umno kepada Menteri Pengangkutan supaya kadar itu tidak dinaikkan selepas menghadiri mesyuarat Kabinet, pagi tadi.
"Saya maklumkan sebagai Ketua Pemuda bahawa harga untuk memperoleh lesen memandu tidak wajar dinaikkan sebab akan memberi kesan kepada golongan muda terutama mereka yang tidak mampu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sesi membeli belah baju raya bersama anak yatim dan golongan kurang berkemampuan, di sini.
Khairy, yang juga Menteri Belia dan Sukan, berkata kesan kedua terhadap kenaikan harga memperoleh lesen akan turut mengakibatkan lebih banyak masalah timbul apabila golongan muda memilih untuk memandu kereta atau menunggang motosikal tanpa lesen disebabkan terlalu mahal.
Semalam, orang ramai dikejutkan dengan dakwaan bahawa kadar untuk mendapatkan lesen kenderaan dan motor telah dinaikkan kepada RM2,000 bagi lesen kereta kelas D dan RM1,050 bagi lesen motosikal kelas B2 berkuatkuasa 14 Julai lepas.
Terdahulu, Khairy sempat meluangkan masa kira-kira sejam untuk membeli belah baju raya bersama 150 anak yatim dan golongan kurang berkemampuan terpilih dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Wisma Jakel, Jalan Tuanku Abdul Rahman, di sini.
Bernama
Thu Jul 17 2014

Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Pemandu baharu ditangguh - Liow

Dikutuk buka purdah, bersolek, bekas isteri Virgoun minta haters block dirinya
Tindakan mantan isteri penyanyi Virgoun, Inara Rusli membuka purdah selepas mantap mahu bercerai menuai pro dan kontra dalam kalangan pengguna media sosial.

Spotify umum buang 200 kakitangan podcast
Spotify Technology SA mengumumkan akan mengurangkan lagi 200 tenaga kerja unit podcast dalam pusingan kedua penstrukturan syarikat tersebut.

Tiada keperluan pelawa bekas ahli UMNO ke PAU - Hishammuddin
Tiada keperluan untuk mempelawa bekas ahli UMNO yang dipecat untuk menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (PAU).

Punggung kanak-kanak tercucuk besi pagar rumah
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun terpaksa menahan kesakitan kira-kira 20 minit apabila punggungnya tercucuk besi pagar sedalam 15 sentimeter di kediaman keluarganya di Sabak Bernam.

Kanak-kanak 2 tahun dipercayai keracunan nikotin akut selepas tertelan cecair vape
Mangsa telah dirujuk ke Hospital Sultan Ahmad Shah di Temerloh kerana memerlukan bantuan pernafasan di Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak.

Mangsa banjir di Bukit Raja dibenarkan pulang
Kesemua 70 orang daripada 16 keluarga yang dipindahkan akibat banjir di Bukit Raja, Klang dekat sini dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 5 Jun 2023.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Langkah adaptasi dan mitigasi iklim mesti bermula sekarang - Pengarah Eksekutif UN-Habitat
Timbalan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan Pengarah Eksekutif UN-Habitat, Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif berkata langkah adaptasi iklim dan mitigasi iklim mesti bermula sekarang.

China komited kepada kedamaian kerjasama dan pembangunan
China akan memelihara kedamaian dunia dengan tindakan konkrit di samping aktif menyumbang untuk menawarkan lebih banyak produk keselamatan awam kepada masyarakat antarabangsa.

Buku KPP lama tidak sesuai untuk bakal pemandu - Wee Ka Siong
Terdapat beberapa perkara berkaitan undang-undang dan pemanduan sentiasa perlu dikemas kini dalam buku KPP dari semasa ke semasa.

Siasat dakwaan kekurangan buku KPP - Liow
Siasatan awal mendapati bahawa perkara berkenaan mungkin berlaku kerana jumlah calon mengambil ujian berkenaan meningkat sempena cuti persekolahan.

Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Pemandu baharu ditangguh - Liow
Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP) yang dijadual bermula pada Ogos ditangguhkan sehingga diberitahu kelak, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.