NATIONAL
Pelaksanaan mekanisme 11 norma UNGGE perlu jawatankuasa kerja - Gobind

Gobind mengutarakan akan keperluan jawatankuasa itu untuk melihat bidang-bidang khusus perti membangunkan mekanisme di mana aduan boleh diterima mengenai serangan siber. -Foto Bernama
Malaysia menekankan akan keperluan ditubuhkan satu jawatankuasa kerja untuk memudahkan mekanisme bagi 11 norma yang dicadangkan oleh Kumpulan Pakar Kerajaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGGE) boleh dilaksanakan.
Ini dinyatakan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Gobind Singh Deo semasa sesi perbincangan pada Persidangan Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Cybersecurity (AMCC) kali keempat yang bermesyuarat hari ini sebagai sebahagian daripada Minggu Siber Antarabangsa Singapura 2019.
Gobind mengutarakan akan keperluan jawatankuasa itu untuk melihat bidang-bidang khusus seperti membangunkan mekanisme di mana aduan boleh diterima mengenai serangan siber dan membina satu struktur dan proses yang mana aduan boleh disiasat.
Menurut beliau lagi, adalah penting untuk memastikan bahawa proses itu akan membawa kepada satu tindakan berdasarkan respond yang turut melihat bidang penguatkuasaan bagi memastikan proses yang berkenaan dipercepat dan berkesan.
Pada akhir AMCC, Menteri itu juga mengeluarkan kenyataan kepada Bernama berhubung kedudukan Malaysia dengan cadangan berkenaan. AMCC dipengerusikan oleh Menteri Komunikasi dan Penerangan Singapura, yang juga Menteri yang bertanggungjawab bagi Cybersecurity, S Iswaran.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami