awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
Mogok seluruh negara lumpuhkan pengangkutan awam di Jerman
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelaksanaan subsidi diesel bersasar dijangka suku kedua tahun ini - Armizan

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
01/02/2024
05:58 MYT
Pelaksanaan subsidi diesel bersasar dijangka suku kedua tahun ini - Armizan
Armizan berkata, pihaknya menjangkakan ia dapat dilaksanakan pada suku kedua tahun ini. - Gambar/ Astro AWANI
SEPANG: Tarikh pelaksanaan penyasaran semula diesel akan diputuskan selepas kerajaan meneliti dapatan projek rintis Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi 2.0 (SKDS 2.0) yang bermula hari ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, pihaknya menjangkakan ia dapat dilaksanakan pada suku kedua tahun ini.
Beliau bagaimanapun berkata, kerajaan akan memuktamadkan tarikh pelaksanaannya selepas dapatan itu dibentangkan kepada Kementerian Kewangan dan Kabinet.
Menurutnya, projek rintis itu dijangka dapat memberi maklum balas dan analisis yang tepat kepada kementeriannya dalam memperkemas mekanisme penyasaran semula subsidi diesel.
"Setakat ini tarikh pelaksanaannya belum diputuskan. (Namun) kita menyasarkan pada suku kedua tahun 2024 dan kita mengharapkan dapat lengkapkan tarikh projek rintis ini sehingga 31 Mac ini.
"Dengan adanya dapatan tersebut, kita boleh bincang dengan Kementerian Kewangan dan memaklumkan kepada Kabinet," katanya kepada pemberita ketika Pelaksanaan Fleet Card Sektor Barangan SKDS 2.0 di Stesen Minyak EXQ (Petronas) Jalan Terminal KLIA Sepang, di sini, pada Khamis.
KPDN merintis usaha untuk menguji Sistem MySubsidi Diesel yang akan diguna pakai bersama Sistem Fleet Card syarikat-syarikat minyak dalam pelaksanaan penyasaran subsidi kelak.
Kaedah itu adalah di bawah SKDS 2.0 membabitkan syarikat pengangkutan barangan.
Sejumlah enam syarikat perintis telah menerima Fleet Card melalui pilihan syarikat minyak masing-masing.
Mengulas lanjut, Armizan menjelaskan pihaknya tidak perlu menunggu sehingga tarikh projek rintis itu selesai, sebaliknya penambahbaikan dan tindakan boleh diambil serta-merta.
Beliau menambah, KPDN juga berhasrat untuk mencadangkan kepada Kementerian Kewangan supaya sistem SKDS 2.0 itu diperluaskan kepada syarikat-syarikat lain, selepas melihat kepada hasil projek rintis itu dalam tempoh dua minggu hingga sebulan.
Menurutnya, secara keseluruhan, sebanyak 3,792 stesen minyak terlibat dalam projek rintis SKDS 2.0 yang boleh digunakan oleh syarikat perintis bergantung kepada laluan kenderaan syarikat masing-masing di seluruh semenanjung Malaysia.
"Usaha rintis ini dijangka dapat memberi maklum balas dan analisis yang tepat kepada kementerian dalam memperkemas mekanisme bagi penyasaran semula subsidi diesel.
"Selain itu, langkah awal ini juga dapat menguji keberkesanan Sistem MySubsidi Diesel dan juga sistem Fleet Card syarikat-syarikat minyak sebelum dilaksanakan kepada keseluruhan industri," ujarnya.
Mekanisme penggunaan Fleet Card ini adalah antara usaha kerajaan untuk beralih daripada Sistem Analog Skid Tank kepada Fleet Card dalam memastikan subsidi secara bersasar dapat dilaksana secara bersepadu selain dapat memastikan kes ketirisan dan penyeludupan pada tahap yang paling minimum.
Topic Berkaitan
#Armizan Mohd Ali
#diesel
#subsidi
#SKDS 2 0
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan