KUCHING:Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak bersama Unit Perancang Ekonomi (EPU) Sarawak akan membangunkan Pelan Induk Pelancongan Sarawak Ketiga.
Inisiatif ini dibangunkan sebagai exit plan negeri itu dalam merancakkan semula sektor pelancongan yang terjejas akibat penularan COVID-19.
Perkara itu diumumkan Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan semasa sesi penggulungan kementerian tersebut pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada Jumaat.
Jelasnya, pelan induk itu juga bagi membangunkan dan merancang langkah strategik serta membentuk pelan tindakan bagi sektor pelancongan seterusnya memacu pemulihan dan pertumbuhan jangka penjang.
“Rancangan induk ini akan meneroka model dan strategi baharu untuk memenuhi permintaan dan penawaran mellibatkan sektor ini.
“Ini kerana industri pelancongan merupakan salah satu sektor ekonomi utama di bawah Majlis Tindakan Ekonomi Sarawak,” jelas Awang Tengah.
Selain itu, Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak juga sedang merancang beberapa inisiatif yang merupakan fokus utama dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).
Antaranya membangunkan fasiliti eko-pelancongan di kawasan taman negara, pantai dan air terjun, memartabat sejarah dan mempromosi keunikkan Sarawak.
Ia juga melibatkan rancangan membina pusat seni persembahan negeri sebagai hab memperkasa bakat baharu bidang seni serta membangunkan pusat kraf tangan Sarawak sebagai nilai tarikan pelancongan.
Setakat Oktober 2020, jumlah kemasukan pelancong ke negeri Sarawak terus merosot kepada 68.8 peratus atau 1.17 juta berbanding tempoh sama pada 2019 dengan 3.76 juta.
Penularan COVID-19 juga menyaksikan sasaran awal negeri itu untuk mencatat kemasukan lima juta pelancong sepanjang tahun ini juga tidak tercapai.
Astro Awani
Fri Nov 13 2020
Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak juga sedang merancang beberapa inisiatif yang merupakan fokus utama dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12). FOTO: BERNAMA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Pelan Induk Pelancongan Sarawak Ketiga, inisiatif rancakkan sektor pelancongan
Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak bersama Unit Perancang Ekonomi (EPU) Sarawak akan membangunkan Pelan Induk Pelancongan Sarawak Ketiga.