awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelan Induk Wakaf Nasional dilancar tahun hadapan - Mohd Na'im

Bernama
Bernama
23/07/2024
11:08 MYT
Pelan Induk Wakaf Nasional dilancar tahun hadapan - Mohd Na'im
Mohd Na’im merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) ketika sidang media pada Majlis Pelancaran Sahabat Wakaf Korporat Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) di sebuah hotel hari ini. - Foto Bernama
PUTRAJAYA: Pelan Induk Wakaf Nasional 2025- 2030, yang sedang dirangka Jabatan Wakaf Zakat dan Haji (JAWHAR) dan Yayasan Waqaf Malaysia (YWM), dijangka dilancarkan tahun hadapan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata pelan itu yang turut melibatkan gerak kerja di peringkat Majlis Agama Islam Negeri-Negeri dan agensi Persekutuan, bertujuan untuk memperkasakan dan menyelaraskan pengurusan dan pentadbiran wakaf di negara ini.
"Kita nak selaraskan pentadbiran wakaf di negeri-negeri sebab kita tahu Majlis Agama Islam Negeri-Negeri adalah pemegang tunggal wakaf di negeri masing-masing.
"Jadi dengan adanya pelan induk ini, kita akan dapat menyelaraskan pentadbiran supaya manfaat daripada wakaf ini akan benar-benar dapat menjana ekonomi, sama ada di negeri tersebut ataupun di negara kita," katanya kepada media selepas Majlis Pelancaran Sahabat Wakaf Korporat YWM, di sini hari ini.
Beliau berkata di bawah pelan induk itu, YWM akan dijadikan sebagai agensi pusat untuk menyatukan dana wakaf di peringkat agensi Persekutuan, sektor korporat dan perbankan Islam yang mempunyai cawangan di seluruh negara.
Sementara itu, Mohd Na'im dalam ucapannya berkata instrumen wakaf mempunyai peranan yang sangat ampuh untuk membangunkan ummah.
"Saya berpandangan bahawa pendanaan wakaf secara berterusan amat penting bagi memastikan kelestarian wakaf di Malaysia.
"Bagi tujuan ini, pelaksanaan wakaf ekonomi atau wakaf produktif perlu diambil kira dalam setiap pembangunan wakaf bagi menghasilkan pulangan atau keuntungan, yang kemudiannya digunakan untuk tujuan sosial," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pelan Induk Wakaf Nasional
#Mohd Na'im Mokhtar
#Yayasan Waqaf Malaysia
#Jabatan Wakaf Zakat dan Haji
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan