SEPANG: Proses pemberian Notis Penolakan Masuk (NTL) dan prosedur operasi standard (SOP) yang diguna pakai bagi pelancong ke Malaysia kekal dan tidak akan dikompromi biarpun penambahbaikan kemudahan imigresen di bawah pelan liberalisasi visa dilaksanakan bermula hari ini.
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Ruslin Jusoh berkata ia sekali gus menafikan dakwaan beberapa pihak kononnya pelaksanaan pelan itu menjadikan prosedur kemasukan pelancong asing lebih 'longgar' dan mudah.
"Di bawah pelan ini, proses kemasukan ke Malaysia dan SOP sedia ada akan dilaksana, tiada perubahan.
"Ramai di pihak luar kata apabila buat liberalisasi ini, semua proses lain mudah, tidak. Di imigresen kita tetap sama," katanya kepada pemberita selepas meninjau operasi Jabatan Imigresen (JIM) di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 di sini hari ini.
Prosedur tersebut antaranya menghendaki pelancong yang masuk ke Malaysia mempunyai tiket penerbangan pulang dan tempahan hotel atau tempat tinggal sepanjang berada di negara ini.
Ruslin berkata JIM juga mewujudkan pasukan khas untuk memantau pergerakan keluar masuk pelancong dengan kekuatan 25 anggota penguat kuasa.
"Pasukan khas tersebut akan mengemukakan laporan setiap dua minggu untuk memastikan pelancong berada di Malaysia berdasarkan tempoh sah laku visa mereka, sama ada 30 hari atau 60 hari," katanya.
Pada 27 Nov lepas, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata pelaksanaan pelan liberalisasi visa akan diperkukuh dengan langkah kawalan dan penguatkuasaan bersepadu oleh agensi penguat kuasa, termasuk memantau pergerakan keluar pelancong China dan India.
Ia selaras pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim 26 Nov lepas, berhubung pengecualian visa 30 hari untuk rakyat China dan India ke Malaysia mulai 1 Dis dalam semangat kerjasama strategik hubungan dua hala Malaysia-China yang menjangkau 50 tahun pada 2024.
Inisiatif di bawah pelan liberalisasi visa itu antara lain meliputi pemberian kemudahan visa kemasukan berbilang hingga 30 hari kepada semua pelancong yang ingin memasuki Malaysia dan pemberian pas lawatan sosial jangka panjang hingga 12 bulan diberikan kepada pelajar antarabangsa yang tamat pengajian di Malaysia bagi tujuan menyambung pengajian, melancong dan bekerja secara sambilan.
Pengenalan pelan liberalisasi visa itu juga bertujuan menjana hasil pendapatan negara sekali gus memastikan Malaysia kekal sebagai peneraju industri utama pelaburan dan pelancongan di Asia.
Sementara itu, JIM mencatatkan 26 juta kemasukan warga asing ke Malaysia dari 1 Jan hingga 15 Nov lepas termasuk pelancong Singapura seramai 12.6 juta diikuti Indonesia 3.1 juta pelancong dan Thailand pula seramai 2.07 juta orang.
Pelawat asing yang dikenakan NTL bagi tempoh sama adalah seramai 47,060 orang dengan angka tertinggi daripada Indonesia (15,984 orang) dan Bangladesh seramai 6,906 orang.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 01 2023
Ruslin berkata ia sekali gus menafikan dakwaan beberapa pihak kononnya pelaksanaan pelan itu menjadikan prosedur kemasukan pelancong asing lebih 'longgar' dan mudah. - Gambar fail
Presiden Yoon Suk Yeol 'terselamat', usul pecat ditolak
Usul memecat Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol selepas cubaannya untuk menguatkuasakan undang-undang tentera, ditolak pada Sabtu kerana tidak cukup kuorum, lapor agensi berita Yonhap.
LIG Nex1 Korea Selatan lancar pejabat di Malaysia, sasar kepimpinan pertahanan serantau
Syarikat pertahanan terkemuka Korea Selatan, LIG Nex1 secara rasmi melancarkan pejabat cawangannya di Malaysia pada Jumaat.
AWANI 7:45 [7/12/2024] – Bergantung beras India | Banjir oh banjir | Banjir enam negeri | Nasib mangsa banjir
PM akui negara berdepan bekalan beras.
Gelombang kedua bermula esok.
Lebih 10,000 penyakit bawaan banjir.
Lepas kemas rumah, tapi esok banjir lagi.
Gelombang kedua bermula esok.
Lebih 10,000 penyakit bawaan banjir.
Lepas kemas rumah, tapi esok banjir lagi.
Kerajaan Persekutuan fokus tingkat pelaksanaan projek pembangunan di Sabah tahun depan - Fadillah
Kerajaan Persekutuan akan memberi fokus kepada meningkatkan pelaksanaan projek pembangunan di Sabah tahun depan.
Vivy, suami percaya sistem keadilan, harap bersihkan nama
Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar memaklumkan mereka akan terus memberi kerjasama dalam siasatan pertuduhan pecah amanah yang disabitkan terhadap mereka.
Peningkatan pelaburan dalam sektor teknologi wajar dimanfaatkan syarikat tempatan - PM Anwar
Peningkatan pelaburan yang ketara terutamanya dalam sektor teknologi muktahir ini wajar dimanfaatkan syarikat tempatan agar rakyat terus mendapat peluang yang sewajarnya.
BN mahu tampil dengan dasar progresif bina masa depan negara - Pengerusi BN
Ahmad Zahid berkata dasar-dasar progresif tersebut akan menjadi keutamaan BN memandangkan isu-isu berkenaan amat dekat dengan generasi baharu.
Lebih 60 penunjuk perasaan ditahan usai perarakan di Athens
Difahamkan, kira-kira 5,000 orang menyertai perarakan tahunan bagi memperingati Alexandros Grigoropoulos yang maut dibunuh.
Zoo Berlin umumkan nama anak panda kembar
Bersesuaian dengan tradisi Cina, nama yang dipilih ini turut mengandungi elemen nama ibu mereka iaitu Meng Meng.
[TERKINI] Vivy, suami mahu bersih nama
Vivy, suami percaya sistem kehakiman, ingin bersih nama
Pindaan Akta Penagih Dadah 1983: Peluang kedua pulih diri
Pindaan Akta Penagih Dadah 1983 penting bagi memberikan kuasa lebih kepada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dalam proses rawatan dan pemulihan penagih.
169,691 penagih dadah dikesan di seluruh negara - AADK
Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Datuk Ruslin Jusoh berkata berdasarkan statistik itu, 162,360 penagih adalah lelaki manakala wanita pula 7,331 orang.
Ruslin Jusoh dilantik KP AADK yang baharu mulai hari ini
Ruslin berpengalaman selama lebih 28 tahun dalam perkhidmatan awam melalui lantikan sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 1995.
Imigresen lanjut waktu operasi pejabat pada musim cuti sekolah
Langkah diambil sebagai usaha mengatasi kesesakan pelanggan yang datang memohon atau membaharui pasport sempena musim cuti sekolah.
Imigresen tahan 26 warga asing di Pulau Perhentian
Kebanyakan mereka dipercayai menjalankan aktiviti perniagaan manakala yang lain bekerja di lokasi terbabit selama kira-kira sembilan bulan.
Imigresen lakukan 277 pemeriksaan mengejut di kaunter pintu masuk negara sejak 2023
Jabatan Imigresen melakukan 277 pemeriksaan mengejut di kaunter jabatan itu di semua pintu masuk negara ini sejak tahun lepas.
Imigresen tumpas sindiket pemalsuan dokumen dan cop palsu didalangi warga Pakistan - Ruslin
Jabatan Imigresen berjaya menumpaskan satu sindiket pemalsuan dokumen dan cop palsu pada 5 dan 6 Sept lepas yang didalangi warga Pakistan.
Imigresen tahan lima lelaki Bangladesh, tumpas sindiket pemalsuan dokumen Fomema
Modus operandi sindiket adalah menawarkan perkhidmatan kepada warganegara asing yang tidak memiliki pasport untuk mendapatkan dokumen Fomema.
Imigresen jalankan siasatan telus dakwaan petugas di kaunter biadab
JIM menjalankan siasatan secara telus dan menyeluruh berhubung dakwaan petugas di bahagian kaunter jabatan itu bersikap biadab terhadap dua wanita.
900 majikan gaji PATI ditangkap bagi tempoh 1 Jan hingga 16 Ogos - JIM
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak sesekali berkompromi dengan majikan yang menggaji pendatang tanpa izin (PATI) dan tindakan tegas akan diambil.