Setiap negeri perlu mengemukakan pelan pelancongan masing-masing kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) supaya bantuan yang sesuai dapat disalurkan demi untuk memajukan industri itu.
Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri hari ini berkata setiap negeri perlu menentukan keperluan masing-masing untuk mengenal pasti "niche market" mereka tanpa perlu ditentukan oleh kementerian.
"Bagi kementerian kita, adalah penting potensi-potensi pelancongan di semua negeri dibangunkan dan digerakkan kerana pendapatan daripada sektor pelancongan menyumbang 15.3 peratus kepada KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar)," katanya kepada media selepas melawat perusahaan tenunan songket di Desa Girang Jaya, Kampung Kanchong Baru di sini.
Beliau berkata MOTAC akan terus membanyakkan lawatan ke tempat-tempat tarikan pelancong dan pusat pengeluaran produk pelancongan di Sarawak bagi mengenal pasti kaedah untuk mempromosinya.
"Saya rasa adalah perlu untuk melaksanakan lebih banyak lagi program pelancongan di Sarawak dan membetulkan apa-apa kekurangan yang ada," katanya.
Antara tempat yang turut dilawati Nancy serta rombongan MOTAC hari ini termasuklah Homestay Sadong Jaya, Jeti kelip-kelip Sadong Jaya dan Rumah Usahawan Wanita Sadong Jaya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 26 2020
NANCY berkata, MOTAC akan terus membanyakkan lawatan ke tempat-tempat tarikan pelancong dan pusat pengeluaran produk pelancongan di Sarawak bagi mengenal pasti kaedah untuk mempromosinya. - Astro AWANI
Letupan bom Sungai Golok: Empat anggota keselamatan Thailand cedera
Empat anggota keselamatan Thailand cedera apabila terkena letupan bom di Sungai Golok, Thailand, malam tadi.
Berang tidak bantu angkat tong gas, penghantar barang dibelasah, motosikal dirosakkan
Suspek menyerang mangsa dengan topi keledar sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan di dahi.
Arahan tutup pasar malam waktu Maghrib tidak babitkan peniaga bukan Islam
Arahan penutupan sementara hanya membabitkan peniaga Islam bagaimanapun turut menggalakkan peniaga bukan Islam sekiranya mahu berbuat demikian.
Pelan Tindakan Pendidikan dan Penghayatan Rukun Negara dilancar Ogos ini - Aaron
Ia melibatkan Kementerian Perpaduan Negara, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pendidikan Tinggi, dan Kementerian Komunikasi.
Peserta maraton Cyberjaya dipapah lepasi garisan penamat
Peserta maraton rebah di garisan penamat sejurus sebelum menamatkan larian 42km dalam perlumbaan Twincity Marathon Cyberjaya.
Proton buka pusat penyelidikan dan pembangunan di Teluk Hangzhou, China
Pembukaan pusat R&D itu akan meningkatkan sinergi kecekapan dalaman mereka dengan penggunaan sumber dan pengetahuan Geely.
AWANI Ringkas: Wujudkan akta lindungi pekerja OKU/autistik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH tayang sijil UPSR 7A, SPM 10A
Calon PH, Pang Sock Tao menyahut cabaran Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari supaya menunjukkan kelulusan pendidikan rendah dan menengahnya.
AWANI Ringkas: Wujudkan akta lindungi pekerja OKU/autistik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Isu stoking: Pengarah KK Mart, isteri akan kemuka representasi kepada AGC
Pengarah KK Mart yang berdepan dua pertuduhan melukakan perasaan orang Islam dalam isu berkaitan penjualan stoking tertera kalimah Allah akan mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara.
MOTAC sasar 3.2 juta pelancong Muslim ke Malaysia tahun ini
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menyasarkan 3.2 juta ketibaan pelancong muslim di negara sepanjang tahun ini, berbanding 2.1 juta pada tahun lepas.
MOTAC ambil serius aduan pelancong berkaitan isu kebersihan Semporna - Tiong
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) mengambil serius setiap aduan pelancong mengenai tahap kebersihan di daerah ini yang boleh menjejaskan imej pelancongan negara.
Roslan dilantik KSU MOTAC berkuat kuasa hari ini
Timbalan Ketua Setiausaha (Khidmat Pengurusan) Kementerian Luar Datuk Roslan Abdul Rahman dilantik Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.
Lesen syarikat Emraz Travel and Tours digantung enam bulan
Lesen syarikat Emraz Travel & Tours Sdn. Bhd. akan digantung selama enam bulan berkuat kuasa mulai 10 Julai ini sehingga 9 Januari 2024.
MOTAC, IPTA bekerjasama perkukuh kajian warisan negara
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan memperkukuh kajian berhubung khazanah warisan negara menerusi kerjasama dengan institut pengajian tinggi awam (IPTA) di negara ini.
Wanita didakwa tipu, tawar pakej umrah dan haji tanpa lesen
Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu dan menawarkan pakej umrah serta haji tanpa lesen yang sah.
MOTAC sasar hingga 6 juta pelancong China melawat Malaysia tahun ini - King Sing
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menjangkakan enam juta pelancong dari negara China akan melawat Malaysia pada tahun 2023.
MOTAC gantung lesen Apsan Travel and Tour Sdn Bhd
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menggantung lesen syarikat Apsan Travel and Tour Sdn Bhd berkuat kuasa 9 Dis lepas hingga tarikh tamat lesen syarikat itu pada 10 April 2023.
Nama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) kekal - Tiong
Menteri beri jaminan bidang kesenian dan kebudayaan akan dimartabatkan serta dibela sebaiknya.
Malaysia berupaya jadi destinasi acara perniagaan pilihan - Nancy
Malaysia mempunyai kelebihan untuk menjadi destinasi acara perniagaan yang menjadi pilihan dalam kalangan komuniti perniagaan, menurut Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri.