Peruntukan RM6 bilion berbentuk dana pelaburan oleh Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) terhadap pelan baik pulih MAS bukanlah dianggap satu bailout atau pelan penyelamat tetapi ia akan diraih kembali selepas syarikat itu kembali disenaraikan pada paras lebih menguntungkan nanti.
Perkara itu ditekankan oleh oleh Pengarah Urusan Khazanah, Tan Sri Azman Mohktar ketika sidang media mengumumkan pelan 12 perkara penstrukturan semula syarikat itu yang dinamakan “Membina Semula Ikon Nasional: Pelan Pemulihan MAS petang tadi.
Azman berkata pelan itu adalah bagi membolehkan MAS kembali meraih keuntungan dalam tempoh tiga tahun.
“Kami telah menyediakan pelan ini dan kami percaya MAS akan mampu untuk kembali pulih dan meraih keuntungan, dengan syarat ia sanggup mengambil ‘ubat’ yang diberikan oleh Khazanah,” kata Azman.
Azman turut mengingatkan yang sekiranya MAS tidak berjanji untuk mematuhi syarat ketat oleh Khazanah di dalam pelan itu, peruntukan RM 6 bilion tidak mungkin akan diberikan.
Mengulas mengenai pelan itu sendiri, Azman berkata beliau yakin ia akan mampu dilaksanakan ekoran syarikat itu akan bermula sebagai sebuah syarikat baru.
Katanya lagi, kontrak-kontrak berkaitan yang dirunding semula akan membantu membina struktur perniagaan yang kompetitif selain membolehkan MAS bersaing dengan lebih baik.
“Meskipun menyedihkan, ironiknya nahas tragis yang berlaku dan masalah yang dihadapi oleh MAS telah menyumbang kepada persekitaran yang membolehkan penstrukturan ini dilaksanakan.
“Kita memerlukan permulaan baru kerana MAS sedia ada mempunyai struktur yang tidak boleh dilaksanakan dan pendapatannya sentiasa di bawah kos,” kata Azman.
Azman juga berkata Khazanah sedang mencari individu yang boleh mengisi kerusi Ketua Pegawai Eksekutif MAS, sama ada bakat tempatan atau antarabangsa yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang penerbangan.
Ketika ditanya sama ada Khazanah akan memberikan nama baru kepada MAS, Azman berkata itu bukan terletak kepada keputusan Khazanah. Beliau bagaimanapun mencadangkan nama MAS dikekalkan.
Khazanah hari ini mengumumkan penstrukturan semula syarikat penerbangan negara Sistem Penerbangan Malaysia Berhad (MAS) yang bakal meyaksikan syarikat bermasalah itu akan mengurangkan tenaga kerjanya dari 20 ribu kaki tangan kepada 14 ribu orang, pengurangan 30 peratus dari tenaga kerja sedia ada.
Dari 6,000 pekerja yang akan dihentikan perkhidmatan mereka, 3,500 daripadanya akan ditawarkan pekerjaan di bawah anak-anak syarikat Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) sementara selebihnya akan ditawarkan Skim Perpisahan Sukarela (VSS).
Haider Yutim
Fri Aug 29 2014
Azman (gambar) berkata pelan itu adalah bagi membolehkan MAS kembali meraih keuntungan dalam tempoh tiga tahun - Foto Bernama
Fokus Minggu Depan: Apa seterusnya untuk Syria?
Prof Dr Kamaruzaman Yusoff, Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
Lubang benam di Jalan Lojing-Gua Musang kerana faktor cuaca - Alexander
Kejadian lubang benam di laluan FT185 Seksyen 78.60 Jalan Lojing-Gua Musang berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke, ekoran cuaca buruk.
Taufan terburuk dalam 100 tahun landa Mayotte, Perancis
Taufan kuat, 'Chido', melanda Mayotte pada awal Sabtu dan menimbulkan kebimbangan mengenai skala kemusnahan daripada ribut terburuk yang melanda wilayah luar dari Perancis dalam tempoh hampir satu abad, kata pihak berkuasa.
Angka korban meningkat kepada 44,930
Angka korban rakyat Palestin akibat serangan tidak berperikemanusiaan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 44,930 orang dengan 106,624 yang lain dilaporkan cedera.
Tindakan SAPP taktik tuntut lebih banyak kerusi - Ronald
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee berharap Parti Maju Sabah (SAPP) yang mengumumkan keluar komponen itu, tidak lagi bergantung kelangsungannya dengan menjadi ADUN dilantik.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Pindaan Perlembagaan lebih inklusif, adil kepada semua pihak
Pindaan Perlembagaan PKR yang memberi peluang keterlibatan sama rata dalam proses pemilihan parti dilihat lebih inklusif dan adil kepada semua pihak.
Pindaan perlembagaan parti iltizam luaskan peranan wanita
Ketua Wanita Pusat PKR, Fadhlina Sidek menyambut baik pindaan perlembagaan PKR melibatkan fasa 17.2, 17.2A dan 17.2B yang dilluluskan dalam Kongres Khas parti itu pada Ahad.
PKR tingkat jumlah perwakilan bagi 6 jawatan tertinggi parti
PKR meminda Perlembagaannya dengan meningkatkan jumlah perwakilan yang akan mengundi bagi enam jawatan tertinggi parti serta 20 anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP).
Jenayah dalam talian: Kesedaran orang ramai perlu ditingkatkan - Teo Nie Ching
Rakyat juga perlu diingatkan bahawa mereka turut memainkan peranan dalam melindungi diri daripada jenayah dalam talian.
UMNO tidak terima, benar ahli lompat parti - Asyraf Wajdi
UMNO menegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
INFOGRAFIK: Shahril Ridza, Pengarah Urusan Khazanah Nasional
Khazanah Nasional Berhad hari iini mengumumkan pelantikan Datuk Shahril Ridza Ridzuan sebagai Pengarah Urusan baharu dana kekayaan kedaulatan itu.
Shahril Ridza Ridzuan dilantik Pengarah Urusan Khazanah
Shahril Ridza dijadual memulakan tugas pada 20 Ogos ini.
Lembaga Pengarah Khazanah tawar letak jawatan
Kesemua lembaga pengarah Khazanah Nasional Berhad tawar diri meletak jawatan bagi memastikan peralihan dana kekayaan kedaulatan itu adalah terurus dan berjalan lancar.
GLIC teruskan peranan dengan ketelusan, tadbir urus lebih baik
GLIC diberikan taklimat hala tuju oleh bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin, yang mengetuai Majlis Penasihat Kerajaan yang baru ditubuhkan.
Charon Mokhzani tinggalkan Khazanah Nasional
Dato Charon Mokhzani akan meninggalkan Khazanah dan KRI pada pertengahan bulan Mei 2018, selepas berkhidmat selama hampir lima tahun.
Khazanah Nasional untung besar bagi tahun 2017
Menurut Pengarah Urusan Khazanah Nasional, Tan Sri Azman Mokhtar, "keuntungan Portfolio Nilai Bersih Dilaraskan (NWA) adalah yang tertinggi yang pernah dicatat sejak tahun 2004".
Arul Kanda enggan ulas lanjut isu kepimpinan Khazanah
Khazanah mempunyai aset berjumlah RM145.1 bilion setakat akhir tahun lepas, dan mempunyai pegangan dalam lebih 100 syarikat dalam pelbagai sektor.