NEW YORK: Lima individu ditikam di Stesen Kereta Api Penn, New York pada Ahad, dengan sekurang-kurangnya seorang mengalami kecederaan serius, lapor Xinhua memetik laporan CBS.
Kelima-lima mangsa dikejarkan ke hospital tempatan, menurut Jabatan Bomba New York City.
Seorang suspek telah ditahan, kata pihak berkuasa.
Sumber polis memberitahu CBS suspek dipercayai mempunyai masalah kesihatan mental.
Siasatan jenayah masih dijalankan dan tiada tanda-tanda keganasan dilaporkan setakat ini.
Polis menggesa orang ramai mengelak kawasan itu berikutan jangkaan kelewatan lalu lintas, penutupan jalan dan gangguan transit.
Antara hab perkhidmatan kereta api paling sibuk di Hemisfera Barat, stesen berkenaan digunakan lebih 600,000 orang setiap hari.
-- BERNAMA-XINHUA