awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ribut tropika Basyang ragut 3 nyawa, lebih 390,000 orang terjejas di Filipina
Kerajaan rangka garis panduan kemudahan mesra OKU di semua masjid, surau - Zulkifli
Korea Selatan lapor kes kelapan Demam Babi Afrika
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelan struktur perparitan, saliran perkasa usaha pengurusan banjir di Kelantan

Bernama
Bernama
02/01/2025
21:00 MYT
Pelan struktur perparitan, saliran perkasa usaha pengurusan banjir di Kelantan
Mohd Nassurudin berkata usaha berkenaan akan dilaksanakan melalui pembinaan longkang konkrit dan sistem saliran mesra alam yang lebih moden. - Foto fail/BERNAMA
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan akan memperkasakan usaha meningkatkan kecekapan pengurusan bencana melalui pelan struktur perparitan dan saliran di seluruh kawasan yang terlibat banjir, kata Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud.
Beliau berkata usaha berkenaan akan dilaksanakan melalui pembinaan longkang konkrit dan sistem saliran mesra alam yang lebih moden.
"Pelan Induk Sistem Saliran Mesra Alam (PISMA) di bandar-bandar utama pula berperanan memastikan risiko banjir kilat dapat diminimumkan melalui sistem saliran lebih efisien dan berdaya tahan," katanya ketika berucap pada Majlis Amanat Tahun Baharu dan Perhimpunan Penjawat Awam Kelantan Tahun 2025 di Dewan Tok Guru Datuk Bentara Setia, Kota Darulnaim di sini pada Khamis.
Media sebelum ini melaporkan jumlah kerugian akibat banjir di Kelantan baru-baru ini dianggarkan bernilai lebih RM300 juta meliputi kerosakan infrastruktur seperti bangunan, jalan raya dan sektor pertanian serta kerugian lain.
Dalam perkembangan sama, Mohd Nassuruddin turut memaklumkan kerajaan negeri telah meminda Enakmen Sumber Air Negeri Kelantan bagi memastikan penekanan kepada penjagaan kawasan tadahan air dan sungai bagi memastikan keseimbangan ekologi dipelihara.
"Usaha ini bertujuan meningkatkan kecekapan pengurusan sumber air di negeri ini yang akan memastikan kelestarian dan kualiti air untuk kegunaan rakyat serta melindungi ekosistem semula jadi," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mohd Nassuruddin Daud
#banjir kelantan
#PISMA
#pelan struktur perparitan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan