awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelan tindakan rangsang ekonomi golongan asnaf sedang dirancang

Bernama
Bernama
05/05/2024
20:15 MYT
Pelan tindakan rangsang ekonomi golongan asnaf sedang dirancang
Mohd Na'im (tiga, kiri) bersama penerima Skim Bantuan MAIWP Labuan dan penerima Anugerah Ikon Asnaf 2024 Mahathir Abd Hamid (tiga, kanan) pada Majlis Tautan Kasih Aidilfitri di Dataran Medan Selera Labuan, semalam. --fotoBERNAMA
LABUAN: Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sedang merancang pelan tindakan yang bertujuan merangsang kebebasan ekonomi golongan asnaf.
Menteri berkenaan Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata pelan tindakan yang akan direka untuk membantu golongan asnaf keluar daripada masalah kewangan akan segera dibincangkan.
"Kami percaya satu pelan tindakan untuk memperkasakan golongan asnaf diperlukan supaya mereka tidak hanya menjadi penerima bantuan kewangan semata-mata sebaliknya mengubah mereka menjadi penyumbang kepada dana zakat," katanya pada sidang media selepas Program Tautan Kasih Aidilfitri MADANI di kawasan terbuka Medan Selera Labuan di sini, semalam.
"Kami akan mengadakan sesi perbincangan melibatkan pegawai Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) tidak lama lagi dan kami akan senaraikan semua cadangan untuk dibincang dan diperhalusi," tambahnya.
Beliau seterusnya menjelaskan bahawa MAIWP kini mentadbir 38 skim bantuan merangkumi pelbagai aspek sokongan seperti pendidikan, bantuan kewangan bulanan, program keusahawanan, pembaikan rumah, perbelanjaan perubatan, pembinaan perumahan dan bantuan sewa rumah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#golongan asnaf
#Mohd Na'im Mokhtar
#kebebasan ekonomi
#Pelan Tindakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan