KUALA LUMPUR: Pelancaran Carsome PJ Automall di Naza Automall, Petaling Jaya yang berlangsung dua hari sejak 11 Jun lalu berjaya meraih lebih kurang 2,000 pengunjung.
Sepanjang program itu, orang ramai berpeluang mengikuti pelbagai aktiviti menarik termasuk persembahan muzik, gerai makanan, cabutan bertuah dan banyak lagi.
Tambah menarik, program tersebut turut dimeriahkan dengan kehadiran hos dan pelakon terkenal, Awal Ashaari.
Dimulakan pada tahun 2020, platform e-dagang jual beli kenderaan pramilik, Carsome, tampil berbeza dengan konsep perniagaan 'cara baharu membeli kereta'.
Justeru, pembelian kenderaan terpakai secara dalam talian kini semakin mudah dan lebih dipercayai menerusi pelancaran Carsome PJ Automall yang berkeluasan lebih 100,000 kaki persegi.
Pusat pameran terbesar di Malaysia untuk jenama itu juga adalah yang pertama dilengkapi stesen pengecas kenderaan elektrik.
1.Diskaun makanan dengan Lesen to Shop dan Dine :
Di samping itu, pengunjung juga menikmati diskaun RM5 (sebanyak dua kali!) daripada mana-mana penjual makanan di Carsome CARnival menerusi tiket diskaun makanan menerusi Lesen to Shop and Dine.
2.Persembahan Busker:
Selain itu, pengunjung juga dihiburkan dengan persembahan muzik secara langsung daripada artis-artis berbakat.
3.Cabutan bertuah dan hadiah menarik:
Pengunjung bertuah juga menikmati pelbagai hadiah menarik bernilai sehingga RM12,000 menerusi aktiviti cabutan bertuah.
4.Lawatan Carsome:
Sementara itu, pengunjung ditawarkan perkhidmatan lawatan berpandu di sekitar kawasan Carsome PJ Automall, bilik pameran terbesar Carsome yang mampu menempatkan lebih 200 kereta.
Pengunjung juga boleh menikmati pengalaman membeli kereta yang lebih mudah dan lancar di sini di mana mereka bebas untuk memandu uji kereta idaman dan permohonan pinjaman juga boleh dibuat serta-merta dengan pihak Public Bank yang turut berada di dalam Automall tersebut.
5.Produk dan tawaran menarik dari rakan-rakan kongsi Carsome:
Carsome juga meneroka peluang perkongsian baharu dengan jenama daripada pelbagai industri sebagai usaha berterusan syarikat untuk menangani masalah yang dihadapi pelanggan dan memberikan pengalaman berbeza.
Antara rakan kongsi yang terlibat ialah Public Bank, Tealive, Touch ‘n Go dan Touch ‘n Go Digital, Ecotint, Trapo, Liqui Moly, Setel, The Glass Auto, Giti Tyre, Chun Yang Tea dan Vanilla Crepe yang menawarkan pelbagai tawaran menarik kepada pengunjung.
Selain itu, pengunjung turut boleh menikmati promosi Promo Pembukaan Mega secara eksklusif untuk Carsome PJ Automall. Di mana, promosi ini ditawarkan dengan pembelian mana-mana kereta.
Pada masa sama, pengunjung juga turut boleh menikmati penawaran tambahan pemasangan lapisan cermin gelap kereta bernilai RM900* secara percuma dan eWallet Touch 'n Go RM100 * sehingga 11 Julai ini.
Apa yang anda boleh jangkakan daripada bilik pameran terbesar Carsome di Carsome PJ Automall:
1. Jadikan Carsome sebagai pilihan utama
Pelbagai pilihan kereta terpakai berkualiti yang disediakan di Carsome PJ Automall pastinya akan memberikan anda pengalaman baharu di mana anda juga bebas untuk memandu uji kereta idaman anda di situ.
Mencari kereta berkualiti yang sesuai dengan keperluan anda adalah lebih mudah dengan Carsome. Ini kerana kesemua kereta Carsome Certified telah menjalani proses pemeriksaan 175-titik yang teliti untuk memastikan ia bebas daripada kemalangan teruk dan kerosakan banjir. Itulah sebabnya, setiap kereta Carsome Certified pastinya sesuai dijadikan sebagai pilihan utama anda.
2. Jaminan kereta berkualiti
Setelah lulus pemeriksaan 175-titik kami yang teliti, juruteknik bertauliah kami akan menjalankan proses pembaikpulihan pada bahagian dalam dan luaran kereta di Carsome Certified Lab untuk memastikan kereta Carsome Certified mempunyai keselamatan melebihi taraf, keselesaan sepenuhnya dan estetik yang dibaik pulih.
3. Jaminan wang dikembalikan lima hari
Jika anda membeli kereta Carsome Certified dan berubah fikiran, anda boleh mengembalikannya dalam masa lima hari untuk mendapatkan bayaran balik penuh. Tanpa sebarang soalan!
4. Waranti satu tahun
Semua kereta Carsome Certified juga disertakan dengan waranti lanjutan satu tahun untuk ketenangan fikiran anda.
5. Harga tetap
Harga yang anda lihat pada penyenaraian ialah harga penuh kereta tanpa sebarang bayaran tersembunyi supaya anda tahu dengan tepat jumlah yang anda akan bayar.
Berikut ialah jadual serta butiran aktiviti yang boleh anda nikmati di Carsome CARnival untuk membantu anda merancang hari anda. Orang ramai juga boleh melayari laman web https://www.carsome.my/buy-car untuk mendapatkan maklumat lanjut.
*Tertakluk kepada terma dan syarat
Eton Khir
Thu Jun 09 2022
Carsome PJ Automall, adalah bilik pameran terbesar yang mampu memuatkan 200 kenderaan.
[TERKINI] Ahli Parlimen Bukit Gantang tidak akan jawab surat Bersatu
Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal menegaskan tidak akan menjawab surat arahan yang dihantar Bersatu.
Negara mempunyai pengalaman kendali pemahaman ekstremis
Justeru demi menangani isu ini dengan lebih baik pada masa mendatang, Felo Bersekutu, International Centre for Counter-Terrorism (ICCT) The Hague, Dr Ahmad El Muhammady berpandangan suatu sistem amaran perlu diwujudkan lebih awal.
Ahli silap mata David Copperfield dituduh beri dadah, perkosa 16 wanita
Tiga daripada mangsa mendakwa telah diberi dadah sebelum melakukan hubungan seks.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Kediaman Konstabel Muhamad Syafiq jadi tumpuan
Kediaman Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, di Taman Seri Mahkota Jaya, Gambang menjadi tumpuan orang ramai.
AWANI Ringkas: Faisal Halim akan jalani pembedahan keempat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[TERKINI] Dua individu ditahan cuba masuk Istana, parang dirampas
Polis menahan dua lelaki yang cuba memasuki Istana Negara dan mendakwa mahu berjumpa Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, pada Jumaat.
Kerajaan sedia pakej internet berkelajuan tinggi untuk langganan sekolah KPM mulai 1 Julai - Fahmi
Kerajaan akan menyediakan pakej khas langganan internet jalur lebar talian tetap berkelajuan tinggi untuk dilanggan sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mulai 1 Julai ini.
Remaja hilang ditemukan lemas di Sungai Besut
Seorang remaja lelaki yang tenggelam ketika mandi di Sungai Besut di Kampung Tanjung Lali, dekat Kampung Raja di sini kira-kira 5 petang semalam, ditemukan mati lemas pagi ini.
Sokong PM: 'Saya tidak akan jawab surat Bersatu' - Syed Abu Hussin
Syed Abu Hussin menyifatkan surat itu tidak membawa apa-apa makna kepadanya.
Serangan Balai Polis: PDRM pantau kemungkinan kewujudan kumpulan pengganas
Saifuddin berkata, pihak polis mempunyai pengalaman selama 217 tahun, dan beliau menzahirkan keyakinan terhadap kemampuan polis untuk mengurus insiden tersebut, serta terus membuat pemantauan terhadap sebarang kemungkinan kewujudan kumpulan pengganas.