awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Masjid Jamek Cina Muslim Klang tarik 55,000 pengunjung, tingkat pelancongan Islam
Venezuela bebaskan lebih 30 tahanan termasuk aktivis
Rose, Bruno Mars buka Anugerah Grammy dengan persembahan bertenaga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Kediaman Konstabel Muhamad Syafiq jadi tumpuan

Bernama
Bernama
18/05/2024
07:10 MYT
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Kediaman Konstabel Muhamad Syafiq jadi tumpuan
Pekarangan kediaman Muhamad Syafiq mula menjadi tumpuan sejak awal pagi tadi. - Bernama
KUANTAN: Kediaman Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, di Taman Seri Mahkota Jaya, Gambang di sini menjadi tumpuan orang ramai termasuk kenalan serta warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang hadir menyantuni keluarga Allahyarham.
Pekarangan kediaman Muhamad Syafiq mula menjadi tumpuan sejak awal pagi tadi berikutan jenazah Allahyarham dari Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor dijangka dibawa pulang ke rumahnya sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 8 Gambang petang ini.
Ibu bapa Allahyarham, Ahmad Said Md Piah, 65, dan Aini Mohd Shariff, 57 kelihatan tenang menerima tetamu dan sesekali dilihat menyeka air mata kerana terkesan dengan pemergian anak ketujuh daripada lapan beradik itu.
Sementara itu, Pegawai Khas Menteri Besar Pahang (Hal Ehwal Islam) Yunan Abdul Samad yang mewakili Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail turut hadir menyerahkan sumbangan RM8,000 kepada Ahmad Said.
Yunan ketika ditemui berkata Wan Rosdy merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham dan berharap mereka tabah menghadapi dugaan atas kehilangan insan tersayang.
Dalam kejadian pada 2.45 pagi semalam, Muhamad Syafiq dan rakannya Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22 maut selepas diserang seorang lelaki bertopeng dan bersenjatakan parang manakala seorang lagi anggota Koperal Mohd Hasif Roslan cedera ditembak dalam insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor.
Polis mengesahkan suspek lelaki berusia 21 tahun ditembak mati dalam kejadian berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#serangan Balai Polis Ulu Tiram
#Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad
#Gambang
#identiti mangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan