awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelancong Australia maut diserang jerung di New Caledonia

Bernama
Bernama
20/02/2023
10:28 MYT
Pelancong Australia maut diserang jerung di New Caledonia
Dua anggota penyelamat berjaya membawa mangsa ke darat namun usaha untuk menyelamatkannya gagal akibat kecederaan parah di kaki mangsa. - Gambar hiasan/ AP
BANGKOK: Seorang pelancong Australia maut selepas diserang seekor jerung di wilayah Pasifik Perancis, New Caledonia, di Pasifik Selatan.
Kejadian berlaku pada petang Ahad ketika lelaki itu berenang kira-kira 150 meter dari pantai di Noumea, lapor dpa memetik laporan penyiar tempatan 1ere Nouvelle Caledonie.
Dua anggota penyelamat berjaya membawa mangsa ke darat namun usaha untuk menyelamatkannya gagal akibat kecederaan parah di kaki mangsa.
Susulan insiden itu, Datuk Bandar Sonia Lagarde mengarahkan penutupan semua pantai di dalam dan sekitar Noumea sehingga diberitahu kelak, menurut satu kenyataan pada Isnin.
Dron turut digunakan untuk mengesan jerung itu.
Jenis jerung yang menyerang lelaki itu belum dikenal pasti.
New Caledonia terletak kira-kira 1,200 kilometer ke timur Australia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#serangan jerung
#pelancong
#New Caledonia
#Australia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan