awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
Titah Adendum: Jika mahu tahanan di rumah, bawalah ke Parlimen - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelancong China diyakini meningkat pada 2024 menerusi pengecualian visa 30 hari

Bernama
Bernama
04/12/2023
21:30 MYT
Pelancong China diyakini meningkat pada 2024 menerusi pengecualian visa 30 hari
Tiong berkata pemain industri pelancongan telah dimaklumkan untuk bersiap-sedia menerima angka pelancong tinggi yang secara langsung akan meningkatkan pendapatan mereka. - Foto fail/BERNAMA
PUTRAJAYA: Bilangan pelancong China dan India ke Malaysia diyakini meningkat pada 2024 susulan keputusan kerajaan memberi pengecualian visa selama 30 hari untuk pelancong dari dua negara berkenaan mulai 1 Dis lepas, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing.
Melihat ia petanda baik bagi kebanyakan industri dalam negara seperti bidang perhotelan dan logistik, Tiong berkata pemain industri pelancongan telah dimaklumkan untuk bersiap-sedia menerima angka pelancong tinggi yang secara langsung akan meningkatkan pendapatan mereka.
"Kita harap dengan pengecualian visa ini, kita tambah beberapa juta orang (pelancong asing) lagi. Kita cuba sedaya upaya macam mana kita boleh tingkatkan dari segi promosi di negara masing-masing (China dan India) untuk tingkatkan bilangan pelancong," katanya.
Tiong berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat permulaan penganjuran Hari Pelancongan Dunia (WTD) 2025 dan Persidangan Pelancongan Dunia (WTC) 2025 di sini pada Isnin.
Data Jabatan Imigresen dari 1 Jan hingga 15 Nov lepas mencatatkan 26 juta kemasukan warga asing ke Malaysia, dengan 1.47 juta pelancong adalah dari China manakala 780,532 merupakan pelancong India.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Nov lepas membuat pengumuman berhubung pengecualian visa selama 30 hari untuk rakyat China dan India ke Malaysia dalam semangat kerjasama strategik hubungan dua hala Malaysia-China yang menjangkau 50 tahun pada 2024.
Ketika ini negara teluk seperti Arab Saudi, Bahrain, Kuwait, Oman, Qatar, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Iraq dan Iran serta semua negara Asia Barat termasuk Turkiye dan Jordan menikmati kemudahan pengecualian visa berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bidang perhotelan
#bilangan pelancong
#pengecualian visa
#warga asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan