awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
UMNO perlu jana pemikiran baharu demi kelangsungan parti - Ahmad Zahid
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelancong domestik penyumbang terbesar pelancongan Pahang

Bernama
Bernama
16/07/2023
20:30 MYT
Pelancong domestik penyumbang terbesar pelancongan Pahang
Tourism Pahang akan melaksanakan Latihan Media Milenium 2023 dengan kerjasama syarikat penyedia latihan Volt On Sdn Bhd bagi memastikan promosi pelancongan negeri itu dijalankan secara strategik. - Gambar hiasan
KUANTAN: Pelancong domestik menjadi penyumbang terbesar kepada industri pelancongan Pahang dengan kehadiran 9.71 juta orang pada tahun lepas, kata Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri Leong Yu Man.
Beliau berkata Tourism Pahang, dalam usaha menarik lebih ramai pelancong domestik bagi mencapai sasaran kehadiran 13 juta pelancong tahun ini, kini giat memperkasakan promosi di platform media sosial.
"Ini berdasarkan dapatan Data Tinjauan Pelancongan Domestik 2021 yang menunjukkan majoriti pelancong domestik ke Pahang adalah mereka yang berusia antara 25 hingga 39 tahun iaitu golongan aktif pengguna media sosial.
"Jadi, wajar untuk kita memperkasakan promosi di platform media sosial yang bukan hanya menarik minat pelancong domestik, tetapi juga dapat diperluaskan kepada pengguna media sosial luar negara," katanya menerusi kenyataan di sini semalam.
Bagi tujuan itu, Leong berkata Tourism Pahang akan melaksanakan Latihan Media Milenium 2023 dengan kerjasama syarikat penyedia latihan Volt On Sdn Bhd bagi memastikan promosi pelancongan negeri itu dijalankan secara strategik.
Inisiatif julung kali itu menyasarkan untuk melahirkan lebih 100 pengurus media sosial profesional dalam kalangan peserta industri pelancongan Pahang dengan memfokus kepada kumpulan industri pelancongan tanah tinggi, kembara dan semula jadi, serta pantai dan pulau.
Pendaftarannya kini dibuka kepada komuniti industri pelancongan dengan maklumat lanjut di www.volton.my atau e-mel [email protected].
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Leong Yu Man
#Tourism Pahang
#media sosial
#pelancongan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan