Seorang pelancong lelaki warga Filipina yang berbogel sambil berjalan, yang videonya tular baru-baru ini, didakwa lagi di Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Kent Caburnay Acuin, 29, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memanjat sebuah kereta dalam keadaan berbogel dengan niat mengganggu kesantunan orang awam di Jalan Sultan Ismail di sini pukul 10.40 pagi, 13 Mac lepas.
Pertuduhan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya B. Rajdeep Singh tidak menawarkan sebarang ikat jamin terhadap tertuduh, yang tidak diwakili peguam, kerana dia warganegara asing selain tidak mempunyai penjamin rakyat Malaysia.
Majistret Maizatul Munirah Abdul Rahman menetapkan 22 April untuk sebutan semula kes.
Semalam, tertuduh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret berlainan di sini kerana berkelakuan tidak sopan dan menggganggu ketenteraman awam dengan memanjat kereta sama dalam keadaan berbogel di tempat, masa dan tarikh sama, mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955, yang membawa hukuman denda maksimum RM100.
Tertuduh hadir ke mahkamah hari ini dengan memakai T-shirt kelabu, berseluar paras lutut dan berkepala botak.
Media sebelum ini melaporkan video tertuduh yang tidak berpakaian dan berjalan di tengah jalan raya sekitar Jalan Imbi serta berdiri di bumbung sebuah kereta tular di laman sosial.
Tertuduh kemudian dihantar ke Penjara Sungai Buloh.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 21 2019

Pelancong warga Filipina Kent Caburnay Acuin, 29, didakwa di Mahkamah Majistret hari ini, atas pertuduhan memanjat sebuah kereta dalam keadaan berbogel dengan niat mengganggu kesantunan orang awam. - Foto Bernama

Siasatan seleweng RM2.3 bilion dana negara: SPRM beku akaun bank RM39 juta
Akaun bank berjumlah lebih RM39 juta termasuk milik bekas menteri kanan, dua ahli perniagaan bergelar 'Tan Sri' dan ahli keluarga mereka telah dibekukan.

#PE3: 'Ini orang yang saya sayang' - Air mata Zizan jatuh dek fenomena Polis Evo 3
Reaksi Zizan turut mendapat balasan sedih daripada Sam yang dilihat turut mengesat air matanya.

Aidiladha: Jualan tiket tambahan kereta api ke Pantai Timur bermula malam ini
Jualan tiket tambahan bagi perkhidmatan Tren Ekspres Lambaian Aidiladha (ELA) ke Pantai Timur sempena Hari Raya Aidiladha dibuka mulai 8 malam ini.

Hafidz bakal sahkan status hubungan dengan Athira selepas bercerai
Ditanya mengenai dakwaan berkelakuan seperti seorang yang psiko, Hafidz berkata dia tidak menghiraukan tuduhan netizen.

Kuarters, rumah ketua balai polis atas tanah gereja di Kamunting akan diroboh
Tanah rizab Polis Diraja Malaysia (PDRM) di lot 784 di Kamunting, Taiping telah dimiliki The Titular Roman Catholic Bishop of Melaka sejak tahun 1883, kata Ketua Polis Perak.

Dakwaan rogol, Lubnan panggil balik dutanya ke Perancis
Menurut Kementerian Luar Lubnan, Rami Adwan akan ke Beirut selepas satu pasukan dihantar ke Kedutaan Lubnan di Paris untuk menyiasat kes itu.

Kerajaan teruskan subsidi ayam dan telur mulai bulan depan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju untuk meneruskan pemberian subsidi ayam dan telur bermula 1 Julai depan.

Serangan pisau Perancis: 'Tiada petunjuk motif pengganas' - Pendakwa Raya
Suspek lelaki adalah pelarian gelandangan yang tiba di Annecy pada musim luruh tahun lalu, dan kini dalam tahanan polis.

20 remaja cedera selepas tanjakan di Texas runtuh
Lima daripada mereka dihantar ke hospital di Houston menggunakan helikopter dan selebihnya dengan bantuan ambulans dan kenderaan persendirian.

Saya didakwa berhubung dokumen sulit - Trump
Trump berkata dia sepatutnya hadir di mahkamah Miami pada Rabu.

Aaron teruja kongsi pentas dengan Chris Hermsworth
Datuk Aaron Aziz menyifatkan peluang bertemu dengan pelakon Chris Hermsworth sebagai sebuah kejutan yang pernah dimaklumkan sebelum ini.

Filipina ambil pendekatan neutral terhadap Rusia - Duta
Duta Besar Filipina ke Rusia Igor Bailen berpendapat Manila tidak akan mengenakan sekatan terhadap Moscow.

Melaka kerjasama dengan 80 agensi pelancongan di Filipina tarik 12,000 pelancong
Kerjasama dilaksanakan menerusi kempen TMM 2024 di bawah program Sales Mission melalui Bahagian Promosi Pelancongan negeri dan Tourism Malaysia.

Pihak berkuasa Filipina beri amaran sindiket pengemis guna kod QR
Foto seorang budak lelaki mengemis di ibu negara Filipina menggunakan kod QR tular di media sosial, mendorong sebuah badan kerajaan mengeluarkan amaran.

Malaysia komited main peranan sebagai pemudah cara proses damai di selatan Filipina
Komitmen itu bagi menjamin keselamatan dan kestabilan di rantau ini terutama dalam melindungi masyarakat Islam di Mindanao.

Filipina pasang pelampung di Laut China Selatan untuk 'pertahan kedaulatan'
Filipina memasang pelampung marin di kawasan yang menjadi pertikaian di Laut China Selatan, bagi melindungi kedaulatan negara.

Skuad sepak takraw negara bangkit tempah slot ke final double lelaki
Skuad sepak takraw negara terpaksa berhempas pulas sebelum mengesahkan tempat ke perlawanan akhir acara double lelaki pada Sukan SEA 2023 selepas menumpaskan Filipina 2-1 hari ini.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Laut China Selatan: Gangguan Pengawal Pantai China, AS sokong Filipina
Amerika Syarikat (AS) mengesahkan sokongannya terhadap sekutu perjanjiannya Filipina berikutan gangguan oleh Pengawal Pantai China di Laut China Selatan baru-baru ini.

Penerbangan di lapangan terbang Manila batal akibat gangguan bekalan elektrik
Pihak Berkuasa Lapangan Terbang Antarabangsa Manila (MIAA) memaklumkan gangguan bekalan elektrik di Terminal 3 berlaku sejurus selepas 1 pagi waktu tempatan pada Isnin.