awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada iPhone 18 tahun ini, Apple tumpu model Pro dan peranti lipat 2026
[KOLUMNIS] Malaysia mesti pertahan kedaulatan digital sebelum terlambat
Penulis novel adaptasi filem 'Drive' James Sallis meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelancongan jadi pemangkin hubungan dua hala Malaysia-Uzbekistan

Bernama
Bernama
17/07/2025
21:00 MYT
Pelancongan jadi pemangkin hubungan dua hala Malaysia-Uzbekistan
Satu lawatan delegasi pelancongan Malaysia ke Uzbekistan dari 3 hingga 9 Julai 2025, adalah susulan kejayaan lawatan rasmi Presiden Uzbekistan Shavkat Mirziyoyev ke Malaysia pada 4 dan 5 Feb 2025. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Uzbekistan dan Malaysia bersetuju untuk memperkukuh komitmen bersama dalam memajukan kerjasama sektor pelancongan serta merancakkan pertukaran antara rakyat dan kerjasama ekonomi.
Dalam satu kenyataan pada Khamis, Kedutaan Uzbekistan di Kuala Lumpur berkata, komitmen itu dizahirkan menerusi lawatan satu delegasi pelancongan Malaysia ke Uzbekistan dari 3 hingga 9 Julai 2025.
Menurut kedutaan, lawatan itu susulan kejayaan lawatan rasmi Presiden Uzbekistan, Shavkat Mirziyoyev ke Malaysia pada 4 dan 5 Feb 2025 dan merupakan sebahagian daripada pelaksanaan perjanjian dua hala penting dalam bidang pelancongan.
Lawatan kerja selama seminggu itu dianjurkan oleh kedutaan dengan kerjasama Jawatankuasa Pelancongan Uzbekistan, melibatkan pemimpin daripada persatuan pelancongan utama Malaysia, termasuk Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA), Persatuan Syarikat Pengendalian Pelancongan Bumiputera Malaysia (BUMITRA), dan Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji (PAPUH).
Lebih 25 agensi pelancongan Malaysia mengambil bahagian dalam lawatan itu, bersama pelakon dan pengacara terkenal Malaysia, Adrea Abdullah yang turut menyertai lawatan berkenaan atas jemputan pihak Uzbekistan, sekali gus menarik perhatian media.
Menurut kedutaan, para delegasi melawat beberapa wilayah dan bandar utama seperti Jizzakh, Samarkand, Bukhara dan ibu negara Tashkent, bagi menelusuri warisan budaya, destinasi ziarah berkaitan tamadun Islam serta kemajuan infrastruktur pelancongan negara itu.
"Satu siri pembentangan mengenai potensi pelancongan Uzbekistan turut diadakan, di samping sesi padanan perniagaan antara kerajaan-ke-syarikat (G2B) serta niaga-ke-niaga (B2B)," menurut kenyataan itu.
"Sesi-sesi ini mempertemukan agensi pelancongan Uzbekistan dan Malaysia bagi membincangkan peluang memperluas aliran pelancong Malaysia ke Uzbekistan serta mewujudkan kerjasama jangka panjang," katanya.
Kenyataan itu turut memaklumkan, delegasi berpeluang merasai perkhidmatan Uzbekistan Airways, termasuk keselesaan penerbangan terus laluan Kuala Lumpur-Tashkent-Kuala Lumpur.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pelancongan
#Malaysia
#Uzbekistan
#kerjasama
#ekonomi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan