awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelancongan perubatan terus gamit rakyat Indonesia ke Malaysia - Duta Besar

Bernama
Bernama
01/06/2023
22:15 MYT
Pelancongan perubatan terus gamit rakyat Indonesia ke Malaysia - Duta Besar
Syed Md Hasrin (tiga, kanan) hadir bagi merasmikan majlis pelancaran MH Expo di Bandung, Indonesia, 1 Jun 2023. - Foto Malaysia Healthcare Travel Council
BANDUNG: Kedatangan rakyat Indonesia ke Malaysia termasuk bagi tujuan pelancongan perubatan dijangka terus meningkat semasa rantau ini terus pulih daripada pandemik COVID-19.
Duta Besar Malaysia ke Indonesia Datuk Syed Md Hasrin Tengku Hussin berkata seramai 1.5 juta rakyat Indonesia berkunjung ke Malaysia pada tahun lalu dengan 300,000 pelancong datang untuk tujuan perubatan.
"Dalam kerjasama kesihatan, Malaysia dan Indonesia telah melakukan pelbagai kerjasama seperti projek penyelidikan dan pembangunan dalam perubatan tradisional penyakit berjangkit serta teknologi perubatan.
"Lain-lain termasuk program latihan dan pendidikan serta kerjasama kawalan dan pencegahan penyakit," katanya di perasmian Malaysia Healthcare Expo (MH Expo) di sini, semalam.
Malaysia menjadi destinasi pilihan alternatif bagi rakyat Indonesia untuk mendapatkan penjagaan kesihatan sejak 10 tahun lalu, dengan lebih 60 peratus daripada pelancongan perubatan ke Malaysia datang dari Indonesia.
Selain Indonesia, Malaysia juga menjadi tumpuan pelancong perubatan dari China, Australia, Singapura, United Kingdom untuk rawatan kesuburan, kardiologi, ortopedik, oftalmologi, onkologi, neurologi, pergigian dan pemeriksaan kesihatan.
"Ini mencerminkan kepercayaan pelancongan perubatan antarabangsa terhadap kualiti sistem penjagaan kesihatan di Malaysia sebagai alternatif bagi melengkapi rawatan yang diterima di negara asal," kata Syed Md Hasrin.
Turut hadir pengarah Tourism Malaysia di Jakarta Junus Suhid, penasihat konsular dan imigresen kedutaan Mohamad Nurzaini Kasi dan setiausaha pertama kedutaan Ammil Afiq Jasimi.
MH Expo selama tiga hari yang berakhir pada Ahad ini (4 Jun) diadakan bertujuan menampilkan tawaran kombinasi perubatan dan pelancongan yang menarik daripada 20 kemudahan kesihatan swasta dari Malaysia. Turut hadir di acara ini yang dianjurkan oleh Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia (MHTC) ialah wakil-wakil pelancongan negeri.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pelancongan perubatan
#Duta Besar Malaysia ke Indonesia
#rakyat Indonesia
#Syed Md Hasrin Tengku Hussin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan