GEORGE TOWN: Pelanggan sebuah restoran nasi kandar popular di Pulau Pinang yang memuat naik resit harga dua ekor sotong RM100 di media sosial memohon maaf kepada pemilik restoran berkenaan.
Pengarah Restoran Nasi Kandar Hameediyah, Muhammad Riyaaz Syed Ibrahim, mendakwa pelanggan berkenaan memohon maaf kepada pihaknya menerusi mesej di aplikasi WhatsApp pada Rabu.
Menurut Muhammad Riyaaz, pelanggan wanita berkenaan mengakui memuat naik resit tersebut di media sosial, namun bukan bertujuan mempertikaikan harga hidangan sotong goreng berkenaan.
Ini kerana, menurut wanita itu, dia mengakui tahu akan harga hidangan sotong goreng ‘apollo' tersebut.
"Pelanggan wanita berkenaan menjelaskan harga sotong berkenaan memang harga yang sepatutnya kerana bersaiz besar dan harga berkenaan tidak mahal," dakwa Muhammad Riyaaz.
BACA: Selepas 'siakap' Langkawi, 'sotong' di Pulau Pinang pula didakwa 'harga kayangan'
Bagaimanapun, dakwanya, tindakan wanita itu memuat naik resit berkenaan telah disalah sangka oleh pihak lain yang kemudiannya menyunting gambar tersebut dengan kapsyen seolah-olah menggambarkan harga hidangan berkenaan terlalu mahal.
Justeru bagi memastikan orang ramai mendapat penjelasan sebenar berhubung isu berkenaan, Muhammad Riyaaz mendakwa, pelanggan wanita itu meminta dia memuat naik permohonan maaf daripada pihaknya di media sosial agar orang ramai tidak lagi tersalah sangka.
Sementara itu, Muhammad Riyaaz berkata, setakat ini pihaknya belum bercadang untuk membuat laporan polis berhubung kejadian itu.
Namun, katanya, perkara tersebut sedikit sebanyak telah memberi reputasi yang buruk terhadap restoran mereka.
"Benda (isu) ini sudah viral, mahu buat macam mana lagi.
"Sedikit sebanyak isu ini akan memberi reputasi buruk kepada restoran kami, saya sudah terima permohonan maaf pelanggan terbabit melalui aplikasi WhatsApp malam tadi (Rabu)," katanya.
Dewi Nur Harasha Alias
Wed Nov 24 2021
Muhammad Riyaaz mendakwa pelanggan berkenaan telah memohon maaf kepada pihaknya menerusi mesej di aplikasi WhatsApp pada Rabu. -Gambar tular media sosial
[INFOGRAFIK] PLKN 3.0 bermula pada 2025
PLKN 3.0 bermula pada 2025
Lelaki direman bantu siasatan penemuan mayat wanita
Polis Kuching menahan reman seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang wanita di dalam sebuah kereta di Jalan Tabuan Jaya, Kuching pada Sabtu malam
10 pemain berlatih di Akademi Badminton Malaysia
Selepas hampir tujuh bulan berlangsung, akhirnya Astro Kem Badminton sudah sampai ke Grand Finale.
[TERKINI] Tang Jie-Ee Wei naib juara, bawa pulang habuan RM445,089
Jaguh beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei hampir melakar sejarah untuk bergelar juara namun ditewaskan oleh pilihan kelapan kejohanan, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong dalam aksi akhir Badminton Final Jelajah Dunia BWF di Hangzhou pada Ahad.
Kejadian berlaku berhampiran Tol Wangsa Maju
Sebuah kereta mewah hangus dalam kebakaran di Lebuhraya SPE, sebelum Hentian Tol Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
UMNO tidak terima atau benarkan ahli parti
UMNO tegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
Guna saluran dalaman, jangan sampai berantakan
Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli parti supaya tidak menggunakan media sosial untuk meluahkan rasa tidak puas hati.
Langkawi Ferry Line Ventures batalkan kenaikan kadar tambang
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd mengumumkan pembatalan kenaikan kadar tambang feri Langkawi ke Kuala Kedah dan Kuala Perlis bagi warganegara Malaysia yang diumumkan sebelum ini.
Polis buka siasatan dalaman terhadap anggota disyaki tunjuk isyarat lucah
Polis menjalankan siasatan dalaman terhadap seorang anggotanya yang didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada seorang wanita dalam satu protes di ibu negara, Jumaat lepas.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Izzuddin-Sze Fei naib juara, bawa pulang RM445,000
Beregu lelaki profesional negara, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei terlepas bergelar juara Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 selepas ditewaskan pasangan Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen
Pelanggan muat naik resit harga sotong RM100 mohon maaf, dakwa pemilik restoran
Muhammad Riyaaz mendakwa pelanggan berkenaan memohon maaf kepada pihaknya menerusi mesej di aplikasi WhatsApp pada Rabu.