MALAYSIA
Pelanggan pusat snuker gempar tiga penjenayah acu parang

Beliau turut mengingatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan pihak polis. - Gambar hiasan
KLANG: Beberapa pelanggan dan pekerja yang leka berhibur dan bermain snuker gempar selepas didatangi tiga lelaki bersenjatakan parang di Kapar, Klang.
Dalam kejadian jam 7 malam tadi itu, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang kemudiannya tular itu memaparkan tiga suspek memasuki premis terbabit sebelum dilihat mengacu parang kepada para pelanggan dan pekerja.
Sementara tiga rakannya yang lain menunggu di luar premis dengan menaiki motosikal.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, siasatan awal mendapati kesemua suspek adalah lelaki tempatan dan melarikan wang tunai berjumlah RM823 dari kaunter pembayaran.Katanya, suspek yang memakai topi keledar penuh telah mengugut pekerja dengan parang dan menggeledah laci kaunter sebelum melarikan diri.
“Insiden samun ini berlaku dengan pantas. Suspek yang memakai topi keledar penuh telah mengugut pekerja dengan parang dan menggeledah laci kaunter sebelum melarikan diri,” katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.
Setakat ini pihaknya giat memburu kesemua suspek.
Kes disiasat mengikut seksyen 395/397 kanun keseksaan kerana samun berkumpulan menggunakan senjata berbahaya.
Terdahulu, video berdurasi 52 saat tular menunjukkan tiga suspek bersenjata parang memasuki premis ketika para pelanggan sedang bermain snuker.
Vijaya Rao berkata, rakaman CCTV berdurasi 52 saat yang memaparkan suspek bersenjatakan parang telah tular di aplikasi TikTok.
“Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian ini, namun pelanggan dan pekerja berada dalam keadaan trauma akibat diacukan senjata berbahaya,” katanya.
Katanya, usaha mengesan kesemua suspek sedang giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan menggunakan senjata berbahaya.
“Polis memohon orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung insiden ini agar tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara di talian 03-3291 2222 atau balai polis berhampiran,” katanya.
Beliau turut mengingatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan pihak polis.
“Kami beri jaminan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap suspek yang terlibat dalam kes ini,” katanya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami