awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
ChatGPT mula uji paparan iklan, langkah persediaan jana pendapatan baharu
GeForce NOW perkenal had permainan 100 jam sebulan mulai Januari, Malaysia tidak terkesan
Kes 1MDB: Mahkamah Tinggi tolak pembelaan Najib berkaitan derma politik keluarga diraja Arab Saudi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelanggaran dua kapal berlaku di perairan Malaysia, bukan Singapura

Sinar Harian
Sinar Harian
20/07/2024
09:50 MYT
Pelanggaran dua kapal berlaku di perairan Malaysia, bukan Singapura
Zin Azman (tengah) pada sidang akhbar di Pejabat Zon Maritim Tanjung Sedili pada Sabtu.
KOTA TINGGI: Insiden perlanggaran dua kapal MT Hafnia Nile dengan MT Ceres 1 pada pagi Jumaat berlaku di kawasan perairan Malaysia dan bukannya Singapura.
Pengarah Bahagian Carilamat dan Bantuan Bencana Maritim, Maritim Malaysia, Laksamana Pertama Maritim Zin Azman Mad Yunus berkata, insiden tersebut berlaku di kedudukan 25 batu nautika Timur Laut Tanjung Balau pada jam 6.55 pagi.
Menurut beliau, dakwaan media Singapura kononnya perlanggaran berkenaan berlaku di dalam 'wilayah mencari dan menyelamat maritim Singapura', sebagai tidak benar.
"Mengikut peta kita, itu lokasi dalam kawasan Perairan Malaysia. Batu Putih terletak 55 batu nautika dari lokasi kejadian.
"Dakwaan media Singapura, perlanggaran berkenaan berlaku di dalam 'wilayah mencari dan menyelamat maritim Singapura', adalah tidak benar," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Zon Maritim Tanjung Sedili di sini pada Sabtu.
Media Singapura sebelum itu melaporkan kenyataan Penguasa Maritim dan Pelabuhan (MPA) Singapura berhubung operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan untuk mencari kru dua kapal tangki minyak selepas kedua-dua kapal itu terbakar di perairan Singapura.
MPA dilaporkan mendakwa kedua-dua kapal tangki itu berada dalam kawasan mencari dan menyelamat maritim Singapura, kira-kira 55 kilometer (km) dari timur laut Batu Putih yang mengeluarkannya sebagai Pedra Branca.
Pada Jumaat, Maritim Malaysia Johor dilaporkan menggerakkan Operasi Mencari dan Menyelamat (Carilamat) susulan insiden perlanggaran kapal MT Hafnia Niledengan MT Ceres 1, awal pagi Jumaat.
Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim, Datuk Saiful Lizan Ibrahim dilaporkan berkata, Pangkalan Hadapan Carilamat (PHC) telah ditubuhkan di jeti Zon Maritim Tanjung Sedili di sini bagi mengkoordinasikan pencarian. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kapal dagang terbakar
#perairan johor
#Singapura
#Pedra Branca
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan