JOHOR BAHRU: Pelantikan Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh sebagai Peguam Negara berkuat kuasa 6 Sept ini, disifatkan sebagai tepat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, ini adalah kerana kedudukan Ahmad Terrirudin yang merupakan Peguam Cara Negara adalah nombor dua selepas Peguam Negara.
"Beliau merupakan seorang yang profesional dan saya yakin pelantikan ini adalah tepat. Ini kerana kita melihat ini sebagai pelantikan dalaman daripada Jabatan Peguam Negara (AGC) yang memang terdiri daripada peguam-peguam pakar, yang mewakili kepentingan negara dalam sektor perundangan," katanya kepada pemberita selepas perjumpaan dengan wakil-wakil Pusat Daerah Mengundi (PDM) Dewan Undangan Negeri Kempas di Taman Dahlia, di sini, malam tadi.
Azalina juga berharap pelantikan itu akan membawa kepada kesinambungan kerja-kerja yang dilaksanakan Peguam Negara (Tan Sri Idrus Harun) dan AGC secara menyeluruh.
Ahli Parlimen Pengerang itu berkata demikian ketika mengulas pengumuman pelantikan Ahmad Terrirudin.
Ahmad Terrirudin, 55, yang merupakan Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan sebelum dilantik sebagai Peguam Cara Negara pada 25 Mac 2022 menggantikan Idrus yang akan tamat tempoh lantikan secara kontrak pada 5 Sept ini.
Mengulas mengenai dakwaan Pemuda UMNO tentang kebocoran dokumen memo dalaman AGC, beliau menyerahkan sepenuhnya kepada agensi berkaitan untuk menyiasat.
"Kalau dia (Pemuda UMNO) nak buat laporan polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), biarlah agensi yang bertanggungjawab siasat," kata beliau lagi.
Terdahulu, Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh dipetik sebagai berkata meminta agar Ahmad Terrirudin mengesahkan sama ada berlaku atau tidak kebocoran dokumen memo dalaman AGC seperti yang tular di media sosial.
Dr Muhamad Akmal juga berkata, jika kebocoran berlaku, pihaknya akan membuat satu laporan kepada SPRM dalam masa terdekat, selepas menggerakkan seluruh ahlinya untuk membuat laporan polis berhubung perkara itu.
Sebelum ini, dokumen setebal 12 muka surat bertarikh 10 Okt 2019 tersebar dalam talian, yang didakwa sebagai memo dalaman daripada pasukan pendakwaan bagi kes Syarikat Pelaburan Petroleum Antarabangsa (IPIC) yang ditujukan kepada Peguam Negara ketika itu, Tan Sri Tommy Thomas.
Dokumen itu didakwa tertulis pengesyoran enam daripada pertuduhan rasuah terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah digugurkan. - BERNAMA
Bernama
Sat Sep 02 2023
Pelantikan Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh sebagai Peguam Negara berkuat kuasa 6 Sept ini, disifatkan sebagai tepat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 12 Disember 2024.
Ahmad Zahid kekal bebas 40 kes rasuah VLN
Panel tiga hakim memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya memberitahu bahawa AGC menarik balik semua rayuan terhadap kes ini.
Laporan interim pemisahan kuasa AG, Pendakwa Raya dibentangkan 2025
Laporan interim berhubung dapatan kajian empirikal mengenai pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya dijangka dibentangkan kepada Kabinet untuk pertimbangan pada 2025.
Trump pilih Pam Bondi sebagai Peguam Negara
Trump memuji Bondi atas usahanya menangani isu pengedaran dadah dan dos berlebihan fentanyl semasa berkhidmat.
MDDM terima lebih 200 aduan individu guna gelaran, darjah palsu
Majlis Datuk Dato' Malaysia (MDDM) menerima lebih 200 laporan dan aduan berkaitan penyalahgunaan anugerah dan darjah kebesaran palsu dan yang tidak diiktiraf sejak dua tahun lepas.
Lantikan Mohd Dusuki ikut lunas undang-undang, selaras Perlembagaan - Fahmi
Lantikan itu juga selepas mengambil kira pengalaman luas Mohd Dusuki dalam bidang pendakwaan dan perundangan di Jabatan Peguam Negara.
Agong terima menghadap Peguam Negara baharu
Menerusi hantaran di Facebook baginda, pertemuan tersebut berlangsung di Istana Negara pada Selasa.
Parlimen: Kajian empirikal asing peranan AG, Pendakwa Raya akan ambil masa - Azalina
Azalina berharap satu laporan interim berkaitan status pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya dapat dimasukkan dalam kajian empirikal berkaitan perkara itu pada tahun depan.
Op Global: 22 individu termasuk Nasiruddin akan didakwa esok
Seramai 22 individu termasuk Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Global Ikhwan Services and Business (GISB) Holdings Sdn Bhd, Datuk Nasiruddin Mohd Ali akan dituduh di Mahkamah Sesyen Selayang, pada Rabu.
Akta Pembaharuan Semula Bandar pastikan hak, kepentingan pemilik hartanah dilindungi
Penggubalan PSB mampu memastikan pembangunan yang dilaksanakan adalah lebih terancang dan inklusif dengan prinsip leave no one behind, termasuk dalam melindungi hak pemilik hartanah yang terkesan.