Hubungan baik antara Malaysia dan Indonesia bukan sahaja terus kekal terjalin pada tahap terbaik malah akan memasuki era baru yang lebih menarik berikutan pelantikan Joko Widodo sebagai Presiden baru Indonesia mulai hari ini.
Duta Besar Malaysia ke Indonesia Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata beliau melahirkan pandangan ini apabila secara peribadi dalam beberapa pertemuan dengan pemimpin itu sebelum ini, Joko atau lebih dikenali sebagai "Jokowi" sering kali menyuarakan rasa gembira dan senang hatinya terhadap hubungan Republik itu bersama kepimpinan dan kerajaan Malaysia.
"Joko cukup senang dengan Malaysia, dan dia sebut banyak kali perkataan serumpun (merujuk kepada persamaan hubungan nusantara dan bangsa Melayu antara rakyat Indonesia dan Malaysia)," katanya kepada delegasi media Malaysia di Hotel Suria di sini, hari ini.
Hotel berkenaan menjadi pusat sekretariat Malaysia dan hotel penginapan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sempena lawatan ke negara ini bagi menghadiri majlis angkat sumpah presiden ketujuh republik itu esok.
Najib adalah antara 18 kenamaan asing dan sembilan ketua kerajaan yang dijadual menghadiri upacara bersejarah itu pada 10 pagi esok di hadapan Majlis Permusyawaratan Rakyat (MPR), badan perundangan tertinggi Indonesia.
Zahrain berkata sebagai bukti bahawa Jokowi rapat dengan Malaysia, kehadiran Najib di Indonesia kali juga adalah atas jemputan peribadi Presiden baru itu yang ingin perdana menteri bersama-sama dengan pemimpin dan rakyat Indonesia menyaksikan upacara yang amat bererti bagi dirinya.
Katanya Jokowi yang mempunyai pengalaman luas sebagai usahawan sebelum menceburi bidang politik mampu mempertingkatkan kerjasama ekonomi kedua-dua negara serta menyemarakkan hubungan perniagaan yang sedia terjalin antara rakyat Malaysia dan Indonesia.
"Malah, sebagai orang berniaga, kita lihat beliau lebih memahami perkara-perkara yang dikaitkan dengan bisnes dan ekonomi.
"Apabila berbincang dengan beliau, kita (Malaysia) rasa cukup senang dengan personaliti beliau yang sentiasa rendah diri hingga menjadikan hubungan sedia ada lebih mantap dan berada pada tahap yang terbaik antara kedua-dua negara," katanya.
Zahrain, yang menyandang jawatan itu 11 bulan lepas, berkata berdasarkan hubungan cemerlang itu, Malaysia akan terus berusaha untuk mempertingkatkan hubungan dua hala dalam pelbagai aspek semasa pemerintahan Jokowi bagi tempoh lima tahun akan datang.
Menurutnya pada kunjungan Najib kali ini, beliau dan pemimpin negara asing lain tidak berkesempatan mengadakan pertemuan dua mata dengan Jokowi berikutan jadual ketat yang disusun bagi membolehkan presiden baru itu meraikan detik istimewa itu bersama rakyat Indonesia menerusi pelbagai sambutan bersama rakyat.
Bagaimanapun, Najib dijangka menemui Jokowi dalam pertemuan khas semasa Persidangan APEC di Beijing pada 10 Nov ini serta beberapa pertemuan peringkat antarabangsa lain dalam tempoh terdekat.
Menurutnya pada pertemuan itu, beberapa perkara akan dibincangkan khususnya Memorandum Persefahaman antara kedua-dua negara yang ditandatangani sebelum ini termasuk kerjasama penghantaran pekerja Indonesia ke Malaysia khususnya sektor pembantu rumah dan penyelesaian pertindihan sempadan Maritim kedua-dua negara mencapai perkembangan positif.
"Ini termasuk isu-isu ekonomi yang diletakkan harapan tinggi oleh pemimpin kedua-dua negara membabitkan pelaburan sehingga USD$30 bilion menjelang akhir 2015.
"Kalau dirancang dengan baik dan ditambah lagi dengan pendirian presiden baru yang lebih terbuka, maka tidak mustahil banyak kejayaan dan pencapaian akan tercapai," katanya.
Zahrain juga menyatakan penghargaannya kepada presiden Susilo Bambang Yudhoyono (SBY) yang telah mengukuhkan hubungan Malaysia-Indonesia sepanjang menerajui Republik itu.
"Dalam 10 tahun kepimpinan SBY, hubungan Indonesia-Malaysia diletakkan pada landasan terbaik dan kita mengucapkan terima kasih kepadanya yang sering kali pada setiap perjumpaan berkeadaan cukup mesra terutama kepada Perdana Menteri Malaysia," katanya.
Bernama
Sun Oct 19 2014
ZAHRAIN: Hubungan Malaysia-Indonesia masuki era lebih menarik
37 rakyat Palestin maut dalam serangan udara di Gaza
Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Dokumen Dasar Francais Negara dibentang kepada jemaah menteri esok
Dokumen Dasar Francais Negara 2030 (DFN 2030) akan dibentangkan Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat.
Tiada kelulusan kepada EIA berkaitan projek bauksit di Bukit Goh - Nik Nazmi
Mengesahkan perkara tersebut, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sebelum ini terdapat laporan EIA yang ditolak untuk projek berkenaan di lokasi yang sama.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri sehingga esok - METMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan pada Khamis mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada melibatkan lima negeri iaitu Perlis, Kedah, Perak, Kelantan dan Terngganu.
Jumlah mangsa di empat negeri turun mendadak
Jumlah mangsa banjir di empat negeri turun mendadak setakat 2 petang Khamis.
Letusan Gunung Berapi Kanlaon, hampir 12,000 keluarga terjejas
Dalam laporan terbaharu, agensi bencana itu mendedahkan jumlah berkenaan melibatkan 40,489 orang di 25 barangay di Visayas Barat dan Visayas Tengah.
‘Saya cuba lakukan perkara yang betul pada masa yang sesuai’ - Dr Sam
Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar seakan memberi bayangan di sebalik tindakannya yang meletak jawatan sebagai Bendahari Agung PN pada Rabu.
Saya amat bersyukur - Zahid ulas keputusan Mahkamah Rayuan
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluahkan rasa syukur selepas Mahkamah Rayuan Putrajaya membatalkan semua rayuan difailkan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan beliau dalam kes rasuah Visa Luar Negara (VLN).
AI tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan, penggunaan AI tidak akan menyebabkan kehilangan pekerjaan.
Kabinet setuju bentuk jawatankuasa kerjasama perikanan laut dalam Malaysia-Vietnam
Kabinet secara prinsip bersetuju untuk menubuhkan satu jawatankuasa kerjasama perikanan laut dalam Malaysia-Vietnam.
Syarikat Indonesia bina jambatan arboreal untuk primat Sumatera
Melalui jambatan arboreal itu, primat dapat bergerak bebas ke kawasan lain, mencari makanan dan membiak tanpa gangguan aktiviti manusia.
Persahabatan mengatasi pakatan dalam dasar luar Indonesia - Menteri Luar Indonesia
Sugiono menyifatkan strategi ini sebagai kunci dalam memupuk rasa hormat dan kerjasama bersama.
Banjir, tanah runtuh ragut 31 nyawa di Sumatera Utara Indonesia
Hujan berterusan menyebabkan banjir dan tanah runtuh di wilayah Sumatera Utara Indonesia, menyebabkan sekurang-kurangnya 31 orang maut.
Pilkada 2024: Krisdayanti, Rano Karno antara artis berentap jawatan penting
Pemilihan Kepala Daerah (Pilkada) 2024 turut diserikan dengan kehadiran ramai artis dan selebriti bertanding untuk jawatan penting.
Pilkada 2024: Semua daerah sudah siap sedia - KPU RI
Beberapa daerah seperti Lumajang, Surabaya, dan Sidoarjo telah melakukan persiapan sepenuhnya dari segi logistik dan Tempat Pemungutan Suara (TPS).
Pilkada 2024: 207 juta rakyat Indonesia kembali memilih hari ini
Proses pasca Pemilihan Umum (Pemilu) dan Pemilihan Presiden (Pilpres) itu akan melibatkan 37 provinsi, 415 kabupaten dan 93 kota di seluruh Indonesia.
[ANALISIS] Jokowi lawan Megawati
Sepatutnya pertandingan merebut jawatan Gabenor Jateng adalah proses pemilihan biasa tetapi terdapat drama dan intrig politik tersendiri.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS$100 juta Apple untuk 2024-2026
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gunung Dukono di Indonesia meletus, amaran penerbangan dikeluarkan
Letusan berlaku pada 9.43 pagi waktu tempatan, memuntahkan awan mengandungi abu tebal berwarna putih hingga kelabu setinggi 4,600 meter ke udara.
13 terbunuh, 18 cedera akibat tanah runtuh, banjir kilat di wilayah Sumatera Utara
Di Deli Serdang, enam orang terbunuh dan sembilan lagi cedera selepas arus deras menghanyutkan empat rumah dan sebuah bangunan keagamaan.