awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran hujan berterusan di tiga negeri bermula 5 Jan
Will Smith dituduh lakukan amang seksual terhadap pemain biola lelaki
Lelaki patah tangan, kaki kereta hilang kawalan rempuh bas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelantikan mufti prerogatif Sultan Perak - Menteri Besar

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
28/11/2021
09:27 MYT
Pelantikan mufti prerogatif Sultan Perak - Menteri Besar
Menurut Datuk Seri Saarani, sebelum membuat pelantikan mufti, sudah pasti Sultan Perak akan mengambil kira semua pandangan dan nasihat. - Gambar fail
SUNGAI SIPUT: Pelantikan Mufti Perak yang baharu merupakan prerogatif Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, sebelum membuat pelantikan tersebut, sudah pasti Sultan Nazrin mengambil kira semua pandangan dan nasihat.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan semua pihak agar menghormati hak baginda dalam melantik Mufti Perak.
"Ini adalah prerogatif Sultan Perak. Jadi saya ingat saya tak boleh komen apa-apa. Bukan ada hak kita untuk membuat bantahan seperti itu.
"Saya yakin atas kebijaksanaan Paduka Seri Sultan akan mengambil kira pandangan dan nasihat dan akan melantik orang yang betul di tempat yang betul, Insya-Allah,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Penghijauan Malaysia Peringkat Negeri Perak: Penanaman Pokok ke-2 juta di Kompleks Latihan Perhutanan Sungai Siput (U), di sini pada Ahad.
Takziah | Mufti Perak Tan Sri Harussani meninggal dunia
Allahyarham menabur jasa kepada umat Islam
BACA: Mufti Perak Tan Sri Harussani meninggal dunia
Pada 11 November lalu, dilaporkan beberapa ulama pondok di negeri ini mengeluarkan kenyataan membantah mana-mana individu dari aliran atau fahaman yang menyimpang daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti aliran Syiah, Wahhabi dan sebagainya.
Mereka berpandangan, seorang bakal mufti perlu bermanhaj akidah Ahli Sunnah wal Jamaah mengikut aliran Asya’irah dan Maturidiyah.
Jawatan Mufti Perak kosong selepas pemergian Tan Sri Harussani Zakaria di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh pada 30 Mei lalu.
Topic Berkaitan
#pelantikan Mufti Perak
#Sultan Nazrin Muizuddin Shah
#Harussani Zakaria
#Menteri Besar Perak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan