PUTRAJAYA: Pelantikan semula bekas Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan sebagai Pengerusi Felcra yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada 16 Dis lepas, ditangguhkan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Memang sudah dimaklumkan kepada Timbalan Perdana Menteri (Ahmad Zahid) dan ditangguhkan," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet, di sini, hari ini.
Terdahulu Anwar ditanya sama ada pelantikan semula Ahmad Jazlan sebagai Pengerusi Felcra dilihat melanggar arahan Kabinet setelah diputuskan pengerusi dan ahli lembaga pengarah lantikan politik dalam badan berkaitan kerajaan ditamatkan perkhidmatan dengan serta-merta pada 15 Dis lepas.
Pada 16 Dis lepas, Ahmad Zahid memaklumkan pelantikan semula Ahmad Jazlan sebagai Pengerusi Felcra selepas mengambil kira kehendak perwakilan Koperasi Peserta-Peserta Malaysia Bhd.
Anwar dalam pada itu berkata, terdapat kekeliruan mengenai soal lantikan politik dalam badan berkaitan kerajaan.
"Cuma ada kekeliruan, saya tidak pernah menyatakan bahawa tidak boleh mana-mana orang terlibat politik itu menjadi pengurusan, tetapi (sebaliknya) mesti terikat dengan syarat-syarat dan mesti ada kelayakan dalam bidang berkenaan," katanya.
Anwar berkata, mungkin ada beberapa tokoh politik atau Ahli Parlimen yang akan ditugaskan, tetapi kerajaan menetapkan kaedah tentang tahap keupayaan dan profesionalism serta soal pretasi sebelumnya, pematuhan kepada peraturan dan tatakelola yang ditetapkan.
Ditanya sama ada kerajaan akan mengeluarkan garis panduan berkaitan lantikan politik, beliau berkata, kerajaan membuat keputusan menghentikan semua lantikan politik bagi memberi ruang untuk menilai prestasi supaya mereka yang dilantik kelak tunduk kepada garis panduan yang ditetapkan.
"Saya menangguhkan hal ini kerana ada isu-isu umpamanya syarikat induk hadapi masalah kewangan tetapi syarikat kecil keuntungan besar dan beri bonus besar, hal-hal ini harus kita cerakin dalam peraturan dan garis panduan," katanya. - BERNAMA
Bernama
Wed Dec 21 2022
Pada 16 Dis lepas, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan pelantikan semula Datuk Ahmad Jazlan sebagai Pengerusi Felcra selepas mengambil kira kehendak perwakilan Koperasi Peserta-Peserta Malaysia Bhd.- Gambar BERNAMA
MB Perlis maklum anak ditahan, serah kepada SPRM untuk siasat
Mohd Shukri berkata beliau mengetahui berita mengenai penahanan anaknya oleh SPRM dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.
Semua jenazah dibawa keluar dari HRPB
Semua jenazah anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang maut dalam nahas helikopter di Pangkalan TLDM Lumut dibawa keluar daripada Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada jam 4.35 petang pada Rabu.
Polis tumpaskan sindiket seludup dadah ke Sarawak
Polis menumpaskan sindiket penyeludupan dadah ke Sarawak dengan penahanan dua buruh binaan dan merampas pelbagai dadah bernilai RM1.76 juta di dua lokasi berasingan, pada Isnin lepas.
Buka tirai edisi ke-13, komited jadi pemacu WST2040
Ekspo dan Forum ASIAWATER secara rasmi membuka tirai penganjuran kali ke-13 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur untuk tiga hari dari 23 hingga 25 April 2024.
Empat ahli along didakwa lakukan khianat dengan api
Mahkamah menetapkan 23 Mei depan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.
Pemberhentian pekerja: 6,000 pekerja Tesla di Texas, California terlibat
Tesla akan memberhentikan 6,020 pekerja di Texas dan California menjelang pengumuman keputusan suku tahunannya pada Rabu.
Perbelanjaan isi rumah dijangka naik 5.0 peratus sepanjang 2024 - BMI
BMI melalui satu nota penyelidikan berkata ia mempunyai pandangan yang berhati-hati tetapi positif bagi perbelanjaan pengguna di Malaysia sepanjang 2024 memandangkan pemulihan ekonomi akan diterjemahkan kepada pertumbuhan perbelanjaan pengguna sebenar yang kukuh sepanjang tahun penuh.
Teliti projek penyelidikan, isu industri sawit negara
MPOB komited untuk menangani isu-isu industri dengan berkesan di samping memperhebat usaha penyelidikan dan pembangunan.
Banyakkan program, tarik minat pelajar dalam bidang STEM - Wan Azizah
Pendedahan pelbagai program berasaskan Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM) perlu dilaksanakan secara berterusan.
Yen jatuh, pasaran berjaga-jaga awasi tindakan Jepun
Dolar meningkat setinggi 154.88 berbanding yen, paling tinggi direkod sejak 34 tahun.
Lebih 70,000 peserta FELCRA sudah terima dividen bernilai RM74 juta
FELCRA Berhad sudah mengagihkan bayaran dividen kepada lebih 70,000 peserta di seluruh negara bernilai RM74 juta bagi musim ketiga tahun lalu.
FELCRA sasar tiga juta ayam pedaging setahun
FELCRA sasar gandaan pengeluaran sebanyak tiga juta ayam pedaging setahun selepas projek kompleks di Tanjung Seratus, Pahang yang dijangka siap sepenuhnya pada Disember tahun ini.
KKDW peruntuk RM12.8 juta bagi program pembangunan dan usahawan
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan RM12.8 juta membabitkan 5,757 penerima untuk program pembangunan dan usahawan di negeri ini.
5G: Kerajaan pastikan penduduk luar bandar tidak terpinggir - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata masyarakat luar bandar wajib diberikan kesamarataan dalam mendapat liputan 5G biarpun ketika ini pemasangan 5G mencapai 64 peratus di kawasan berpenduduk tinggi.
FELCRA Berhad dapat kebenaran bawa masuk 5,000 pekerja asing
FELCRA Berhad telah mendapat kebenaran daripada kerajaan untuk membawa masuk kira-kira 5,000 pekerja asing bagi mengatasi masalah kekurangan pekerja di ladang sawit dan getah miliknya.
KPLB pertimbang lupus hutang peneroka FELCRA berjumlah RM230 juta
Proses itu ketika ini berada pada peringkat akhir dan akan diumumkan secara rasmi dalam masa terdekat.
FELCRA kenal pasti hampir 1,500 peneroka bagi tanam semula kelapa sawit
FELCRA Berhad telah mengenal pasti hampir 1,500 peneroka di seluruh negara bagi tujuan penanaman semula kelapa sawit untuk pusingan kedua setelah tanaman itu menjangkau usia 25 hingga 30 tahun.
Lembaga Pengarah Felcra sedar pelaburan RM150 Juta dalam unit amanah berisiko - Saksi
Saksi itu berkat, dia memohon cadangan pelaburan itu dipertimbangkan sewaktu membentangkannya pada mesyuarat lembaga pengarah.
FELCRA Wilayah Sarawak terus perkasa Program Ameniti Sosial
RM1 juta dibelanjakan FELCRA bagi membantu keperluan Ameniti Sosial termasuk menaiktaraf infrastruktur di kawasan perkampungan peserta-peserta FELCRA terutama di luar bandar Sarawak.
Belanjawan 2020: RM810 juta untuk kebajikan masyarakat FELDA
Kerajaan umum peruntukan RM810 juta untuk kebajikan masyarakat FELDA