awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelarasan tarif untuk kelestarian perkhidmatan bukan untuk syarikat air kaut untung

Bernama
Bernama
04/01/2024
21:45 MYT
Pelarasan tarif untuk kelestarian perkhidmatan bukan untuk syarikat air kaut untung
Pelarasan tarif air yang dijangka bermula tahun ini adalah bagi memastikan kelestarian perkhidmatan dan bukan untuk memberi peluang kepada syarikat pengendali mengaut keuntungan berlipat ganda.
KUALA LUMPUR: Pelarasan tarif air yang dijangka bermula tahun ini adalah bagi memastikan kelestarian perkhidmatan dan bukan untuk memberi peluang kepada syarikat pengendali mengaut keuntungan berlipat ganda.
Pengarah Unit Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Pengguna Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) Mohd Fazil Ismail berkata pihaknya telah melaksanakan kajian Mekanisme Penetapan Tarif bagi memastikan pelarasan yang adil kepada syarikat pengendali dan pengguna.
"Kita mengambil kira perbelanjaan operasi serta perbelanjaan modal syarikat dan kita telah menentukan berapa kadar yang harus dilaksanakan, dan bukan operator yang menentukan," katanya dalam program Ruang Bicara bertajuk 'Pelarasan Tarif Air 2024' terbitan Bernama TV malam Khamis.
Pada masa sama, beliau berkata sekiranya pelarasan tarif air itu dilaksana pada tahun ini, SPAN menjangkakan kadar kenaikan yang dikenakan kepada pengguna secara purata hanyalah RM3 tambahan kepada bil semasa.
"Kalau pengguna membayar bil semasanya sekitar RM20, ia akan menjadi RM23... ia hanya peningkatan 10 sen sehari dan merupakan peningkatan minimum yang dikenakan kepada pengguna," katanya.
Mohd Fazil berkata tarif air yang dianggap terlalu murah di Malaysia ketika ini menyebabkan syarikat pengendali tidak berupaya mempertingkat infrastruktur asas termasuk penggantian paip dan fasiliti.
"Kebanyakan masalah berpunca daripada paip usang dan fasiliti uzur. Mereka nak menjalankan kerja-kerja (menaik taraf) itu namun oleh kerana tarif pun rendah dan operator pun tidak cukup dana, bagaimana kerja itu dapat dilaksanakan?" katanya.
Pemangku Presiden Forum Air Amlir Ayat pula bersetuju dengan cadangan pelaksanaan pelarasan tarif itu bagi memastikan rakyat sentiasa berjimat cermat dalam penggunaan air.
"Ada sesetengah masyarakat menggunakan air tanpa rasa terbeban mungkin kerana harganya yang murah namun dengan langkah ini, masyarakat dapat mengajar generasi muda untuk menggunakan air secara berhemah," katanya.
Bagaimanapun, beliau berharap pihak peniaga dan syarikat tidak mengambil peluang menaikkan harga barang dan perkhidmatan susulan pelarasan tarif air.
"Saya memahami keadaan ekonomi semasa namun janganlah sampai menyeksa pengguna sedia ada," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pelarasan Tarif Air 2024
#kelestarian perkhidmatan
#SPAN
#Mohd Fazil Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan