awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FEM 2026: Pendidikan instrumen penyetara kemajuan inklusif - PM
MAS bakal umum pengganti Anderson pada bulan Mac - Andy
Penggunaan, penjimatan Pas My50 boleh diketahui menerusi penjejak - Loke
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelatih PLKN didakwa bunuh rakan asrama

Bernama
Bernama
07/10/2013
07:25 MYT
Pelatih PLKN didakwa bunuh rakan asrama
Seorang pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kem Pinggiran Pelangi, Muadzam Shah, Rompin hari ini dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini terhadap tuduhan membunuh seorang pelatih di asrama kem itu pada 22 Sept.
Remaja lelaki berusia 17 tahun yang berasal dari Kampung Seri Makmor, Pagoh, Muar itu didakwa membunuh Muhammad Suhaimi Norhamidi, 18, antara 1.30 tengah hari dan 10.30 malam pada 22 Sept di dorm L1C dan L2C kem berkenaan.
Majistret Mohamed Ruhizat Abdullah menetapkan kes disebut semula pada 11 Dis di Mahkamah Majistret Rompin.
Sementara itu, lima pelatih lain turut dihadapkan di mahkamah sama terhadap kesalahan sengaja mendatangkan kecederaan kepada Muhammad Suhaimi.
Mohd Firhan Hafizi Ismail, 23, dari Bukit Nikmat, Jerantut bersama dua lagi juvana berusia 17 tahun dari Parit Jawa, Muar, Johor dan Kampung Tanjung Pahang, Endau, Rompin didakwa sengaja menyebabkan kecederaan kepada mangsa pada 1.30 tengah hari di dorm L1C kem itu pada 22 Sept.
Mohd Nazeri Mustafa, 22, dari Bandar Indera Mahkota, Kuantan dan seorang pelatih berusia 18 tahun yang berasal dari Jalan Beserah, Kuantan pula didakwa sengaja menyebabkan kecederaan terhadap mangsa pada 10.30 malam di dorm L2C kem itu pada hari sama.
Kelima-lima mereka didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara sehingga setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya.
Tiada pengakuan direkodkan daripada mereka.
Mahkamah membenarkan masing-masing diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 13 Nov tarikh sebutan semula.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Syamsul Kahar Ahmad Nadri, peguam Mohd Farid Aziz mewakili tertuduh kes bunuh manakala peguam Osman Abdullah dan Noor Adilah Zarian mewakili lima tertuduh yang lain.
Muhammad Suhaimi yang berasal dari Kerdau, Kuala Krau ditemui dalam keadaan terbaring dan tidak sedarkan diri oleh rakannya pada 12.04 tengah malam pada 23 Sept lepas di bilik air asrama kem berkenaan.
Topic Berkaitan
#mahkamah
#plkn
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan