awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan peruntuk RM9.8 juta pada 2025 tangani penyakit, perosak utama sawit - KPK
Turkiye henti eksport ayam itik untuk stabilkan pasaran domestik
Angka korban bangunan runtuh di utara Lubnan meningkat kepada 14 orang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelatih program pembangunan hoki Bill Wolfson meninggal dunia di asrama MSN

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
06/11/2022
05:52 MYT
Pelatih program pembangunan hoki Bill Wolfson meninggal dunia di asrama MSN
Jenazah mendiang Bill Wolfson Anak Lianie, 14, pelatih Program Pembangunan Hoki Negara (NHDP) dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) hari ini. - Foto BERNAMA
IPOH: Seorang pelatih Program Pembangunan Hoki Negara (NHDP) yang mengikuti Program Klinik Penjaga Gol di Akademi Hoki Raja Ashman di sini, meninggal dunia di asrama Majlis Sukan Negara (MSN) Perak hari ini.
Ketua Pengarah MSN Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata, Bill Wolfson Anak Lianie, 14, mengadu tidak selesa serta berasa hendak pitam lalu tiba-tiba rebah di dalam dalam biliknya kira-kira pukul 7 pagi.
Menurutnya, pengurusan NHDP telah memanggil ambulans dan bantuan pernafasan telah dilakukan sebelum dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).
Bagaimanapun, selepas cubaan menyelamatkannya dilakukan, mendiang telah disahkan meninggal dunia dan sehingga kini tidak dapat dipastikan punca kematiannya.
Mendiang Wolfson adalah antara penjaga gol di Pusat Latihan Daerah NHDP di Sekolah Menengah Kebangsaan Penrissen, Kuching, Sarawak yang terpilih mengikuti klinik penjaga gol yang dikendalikan oleh NHDP di Akademi Hoki Raja Ashman Shah di sini bermula semalam hingga hari ini.
Sementara Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu di dalam kenyataannya mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang.
Menurutnya, beliau telah memohon pihak pengurusan MSN, Persekutuan Hoki Malaysia dan NHDP untuk memastikan pengurusan jenazah mendiang berjalan dengan selancar mungkin.

Selain itu, ujarnya, beliau juga meminta pihak-pihak berkenaan meneliti setiap bantuan yang boleh disalurkan kepada keluarga mendiang.
“Saya mendoakan agar keluarga, rakan-rakan mendiang serta Persatuan Hoki Sarawak tabah dan diberi kekuatan menghadapi ujian ini,” katanya. 

Topic Berkaitan
#pelatih NHDP
#Program Pembangunan Hoki
#Bill Wolfson Anak Lianie
#meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan