awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
Ketegangan bidang kuasa Persekutuan-negeri seret Petronas ke tengah pertikaian undang-undang
Kekurangan air meruncing di Bandaraya Gaza meskipun saluran bekalan utama dibuka semula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelayan restoran dipukul selepas tegur sekumpulan lelaki membuat bising

Bernama
Bernama
05/07/2019
14:57 MYT
Pelayan restoran dipukul selepas tegur sekumpulan lelaki membuat bising
ACP Ahmad Dzaffir berkata, polis kini sedang mengesan suspek dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu untuk menghubungi IPD Kajang. - Gambar fail
Seorang pekerja restoran warganegara India cedera dipukul setelah menegur sekumpulan enam lelaki yang membuat bising di sebuah restoran di Semenyih, semalam.
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata dalam kejadian kira-kira 12.50 tengah malam itu, kumpulan lelaki terbabit yang berang akibat ditegur, bertindak memukul mangsa menggunakan kerusi dan kayu.
Beliau berkata kumpulan lelaki terbabit dipercayai turut meminta mangsa membayar wang perlindungan RM1,000 setiap bulan kepada mereka.
"Akibat daripada kejadian tersebut, mata mangsa lebam dan mengalami sakit di bahagian belakang badan," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.
Katanya, polis kini sedang mengesan suspek dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu untuk menghubungi Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Inspektor Nor Fazilatul Aida di talian 012-2667402.
Kes disiasat mengikut Seksyen 447 dan 385 Kanun Keseksaan kerana merusuh serta pemerasan, katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ahmad Dzaffir Mohd Yussof
#cedera
#IPD Kajang
#mangsa
#pekerja restoran
#polis
#pukul
#restoran
#Semenyih
#suspek
#wang perlindungan
#warga india
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan