awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelayar warga Sweden ditemukan maut

Bernama
Bernama
10/05/2024
07:50 MYT
Pelayar warga Sweden ditemukan maut
Berdasarkan keadaan mayat, lelaki itu dipercayai telah meninggal dunia beberapa hari lepas. - Foto Bernama
LABUAN: Seorang pelayar warga Sweden ditemukan maut di kapal layar miliknya yang berlabuh berhampiran perairan Kampung Patau-Patau, malam tadi.
Ketua polis Labuan Supt. Mohd Hamizi Halim berkata mayat Swesvahn Dick Thomas, 55, ditemukan oleh orang awam yang melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa pada 7.16 malam.
Beliau berkata berdasarkan keadaan mayat, lelaki itu dipercayai telah meninggal dunia beberapa hari lepas.
"Maklumat terperinci mengenai kejadian itu masih belum diketahui memandangkan siasatan masih berjalan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Mohd Hamizi berkata mayat tersebut telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Labuan dan beliau menggesa individu yang mempunyai maklumat mengenai kejadian supaya tampil membantu siasatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pelayar warga sweden
#ditemukan maut
#Kampung Patau-Patau
#Swesvahn Dick Thomas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan