awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
57 mangsa tanah runtuh di Bandung Barat dikenal pasti, operasi SAR diteruskan
Pembaikan cerun di Jalan Lojing-Gua Musang dijangka bermula Mac - Nanta
Laura Fernández menang besar pilihan raya Costa Rica, bakal presiden wanita kedua negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelbagai usaha pastikan pesawah di Kelantan tanam padi ikut jadual - Mohamad

Bernama
Bernama
05/07/2024
01:40 MYT
Pelbagai usaha pastikan pesawah di Kelantan tanam padi ikut jadual - Mohamad
Mohamad berucap pada Majlis Perasmian Naik Taraf Jeti Nelayan Jalan Teluk Ipil, Nibong Tebal di Nibong Tebal semalam. --fotoBERNAMA
NIBONG TEBAL: Kerajaan melakukan pelbagai usaha bagi memastikan pesawah di Kelantan yang mengalami masalah kemarau teruk sebelum ini dapat menanam padi mengikut jadual pada musim yang bermula Julai ini, dalam usaha memastikan tidak berlaku kekurangan bekalan padi.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata antara usaha yang dijalankan ialah Operasi Pembenihan Awan (OPA) selama tiga kali dan kelulusan segera RM20 juta oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membeli pam air.
Meskipun Kelantan ditadbir pembangkang, beliau berkata usaha itu adalah bagi memastikan sekuriti makanan untuk negara mencukupi, bekalan terjamin dan harga beras tidak naik.
"Operasi Pembenihan Awan kita lakukan tiga kali di Kelantan dan saya sendiri turut ikut sama dalam penerbangan tersebut, masa kali pertama hanya turun sedikit hujan, kali kedua pula tak turun langsung manakala kali ketiga hujan turun sehari selepas itu.
"Kita tengok sekarang ini hujan sudah mula turun di sana (Kelantan) dan kami ambil laporan (hujan turun) setiap hari, pesawah tak kan alami masalah (bekalan air) malah mereka juga belum tertinggal lagi dalam musim ini untuk menanam padi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan jeti nelayan Jalan Teluk Ipil, di sini, semalam.
OPA di Kelantan memberi tumpuan kepada tujuh lokaliti strategik bagi mengatasi masalah penyusutan paras air Sungai Kelantan dan kemarau berpanjangan yang merundung para pesawah di sekitar Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Pasir Puteh, Dabong, Kemubu dan Manek Urai.
Mohamad dilaporkan berkata pelaksanaan OPA dijangka dapat memberi manfaat kepada hampir 3,400 pesawah yang mengusahakan penanaman padi di sawah seliaan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA).
Sementara itu, Mohamad berkata projek naik taraf jeti itu siap pada Mei lepas dengan peruntukan RM150,000 dan akan memberi manfaat kepada nelayan darat dan sungai di kawasan tersebut.
"Jeti nelayan berbentuk 'T' dengan keluasan 20 meter kali 2 meter ini telah dinaik taraf daripada jeti kayu ke sepenuhnya jeti konkrit oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)," katanya.
Turut hadir Pengerusi LKIM Muhammad Faiz Fadzil dan Ahli Dewan Undangan Negeri Jawi H'ng Mooi Lye yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa Pulau Pinang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bekalan padi
#pesawah Kelantan
#Mohamad Sabu
#operasi pembenihan awan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan