awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
“Mak pergi dengan satu nafas yang tenang, dia tersenyum…” - Anuar Zain sebak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelepasan air di Empangan Chenderoh terkawal - TNB

Bernama
Bernama
15/10/2024
10:23 MYT
Pelepasan air di Empangan Chenderoh terkawal - TNB
TNB menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat tidak lengkap yang boleh menimbulkan kegusaran dalam kalangan orang awam. - Gambar fail
IPOH: Tenaga Nasional Berhad (TNB) memberi jaminan pelepasan air dari Empangan Chenderoh di Kuala Kangsar dilakukan secara terkawal dan terancang.
TNB dalam satu kenyataan memberitahu pihaknya mengambil maklum mengenai mesej yang sedang tular mengenai pelepasan air dari Empangan Chenderoh dan kenaikan paras air Sungai Perak.
"Untuk makluman, pelepasan air terkawal di Empangan Chenderoh perlu dilakukan bagi mengimbangi kadar kemasukan dan pelepasan air ekoran kenaikan paras air berikutan hujan berterusan di kawasan tadahan yang luas.
"TNB bekerjasama erat dengan pihak berkuasa tempatan serta agensi berkaitan bagi memastikan proses pelepasan air secara terkawal dan terancang dapat dilakukan berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) demi keselamatan orang ramai," kata kenyataan itu.
TNB memaklumkan pihaknya juga menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat tidak lengkap yang boleh menimbulkan kegusaran dalam kalangan orang awam.
Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, orang ramai boleh hubungi TNB dengan mesej peribadi di Facebook TNB CareLine atau mesej terus ke laman X di akaun @Tenaga_Nasional.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#TNB
#Empangan Chenderoh
#Kuala Kangsar
#banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan