awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPN susun lima kluster MADANI pacu agenda Negara Bangsa 2026
APG kembali dianjurkan di Nakhon Ratchasima selepas 18 tahun
Sri Lanka wajibkan kenaikan gaji minimum sektor swasta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peletakan jawatan Pengerusi TH tiada kaitan dengan tekanan politik - Ahmad Marzuk

Bernama
Bernama
16/10/2021
09:52 MYT
Peletakan jawatan Pengerusi TH tiada kaitan dengan tekanan politik - Ahmad Marzuk
Menurut Ahmad Marzuk, kalau disebabkan wujudnya tekanan politik, ia tidak benar walaupun pengerusi yang meletak jawatan itu dilantik semasa pentadbiran kerajaan PH. - Sumber foto FB Ahmad Marzuk
KOTA BHARU: Peletakan jawatan Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) Tan Sri Md Nor Yusof tiada hubung kait dengan sebarang tekanan politik, kata Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary.
"Satu perkara biasa sekiranya pengerusi mana-mana GLC (syarikat berkaitan kerajaan) bertukar... dalam soal Tabung Haji ini ia tidak ada kaitan dengan tekanan politik daripada mana-mana pihak," katanya ketika ditemui selepas Majlis Sumbangan Foodbank TH di sini, hari ini.
Jelasnya, kalau disebabkan wujudnya tekanan politik, ia tidak benar walaupun pengerusi yang meletak jawatan itu dilantik semasa pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH).
BACA: Md Nor lepas jawatan Pengerusi Tabung Haji berkuat kuasa hari ini
"Ketika zaman (pentadbiran) Perikatan Nasional (PN) di bawah Tan Sri Muhyiddin Yassin (Perdana Menteri ketika itu) tidak ada pertukaran, dan sekiranya kita mahu katakan disebabkan tekanan politik, sudah pasti kena tukarlah (ketika itu).
"Kita melihat perkara ini kepada kesesuaian zaman dan perancangan strategik yang memerlukan kepakaran lain untuk bergerak lebih laju dalam memacu TH," katanya.
Semalam Lembaga Tabung Haji (TH) dalam kenyataan mengumumkan Md Nor telah melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi TH.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Md Nor Yusof letak jawatan
#Pengerusi Lembaga Tabung Haji
#Ahmad Marzuk Shaary
#Pakatan Harapan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan