KUALA LUMPUR: Menggunakan slogan With Taqwa We Care atau Dengan Takwa, Kita Prihatin, penubuhan ITaqwa Care Malaysia oleh pengasasnya, Noorfarashikin Othman mempunyai misi tidak lain dan tidak bukan adalah memelihara kebajikan setiap umat Islam di seluruh dunia.
Bukan misi baharu, sebaliknya, hanya ITaqwa Care (ITC) kini diluaskan selaras dengan impian yang sudah lama disimpan oleh Noorfarashikin atau mesra disapa Fara.
Setelah Malaysia, kini beliau berusaha keras memastikan perkhidmatan kesihatan yang lebih Islamik juga dapat diaplikasi dengan baik di Asia Tenggara.
ITaqwa Care (www.itaqwacare.com) kini buat pertama kalinya menyediakan perkhidmatan home nursing patuh syariah pertama di dunia termasuk memastikan kebajikan jemaah haji dan umrah terpelihara.
Dengan dedikasi dan sikap membantu yang cukup kental dalam dirinya, Fara menjelaskan, inisiatif tersebut diambil lantaran melihat kelompok jemaah yang berhadapan dengan masalah kesihatan dan kesukaran untuk menunaikan ibadah secara sempurna.
Oleh yang demikian, ITC menyediakan perkhidmatan home nursing patuh syariah yang akan memastikan kelancaran setiap ibadah dan keperluan para jemaah dipermudahkan.
Apa lagi setelah sekian lama niat menunaikan umrah dan haji tergendala kerana pandemik COVID-19, beberapa pengumuman yang memberi tanda positif Tanah Haram dan Baitullah sudah dibuka menerima tetamu Allah membuatkan perkhidmatan ini relevan dan perlu diambil perhatian.
"Fokus utama kita adalah memberi perkhidmatan dengan taraf premium terutama kepada golongan yang memerlukan dan sudah lama menanti servis yang juga patuh syariah.
"Saya sedar perkhidmatan home nursing ini melibatkan kos yang agak tinggi. Namun, saya juga percaya para jemaah yang telah lama menunggu waktu untuk menunaikan umrah atau mengerjakan haji tetapi berhadapan kekangan kesihatan akan melihat servis ini sebagai alternatif yang mampu mempermudahkan urusan mereka.
"Apa lagi servis ini adalah yang pertama kali patuh syariah di dunia. Misalnya, jika jemaah perempuan yang sakit dan perlu menjalani rawatan dialisis, mereka hanya akan diuruskan dan dijaga sepenuhnya oleh jururawat perempuan dan begitulah sebaliknya," ujar Fara.
Fara juga menjelaskan perkhidmatan yang disediakan dipastikan rapi bermula sebelum bertolak ke Tanah Suci sehingga sewaktu sudah berada di Mekah, ada hospital yang sudah terpilih untuk kerjasama dan menyediakan servis diperlukan.
"ITC kini juga berpusat di Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Mekah serta Madinah. Kami memiliki seramai 28 jururawat asal Malaysia yang berkhidmat di Arab Saudi dan ini akan membantu melancarkan segala perkhidmatan yang disediakan, Insya-Allah," jelasnya.
Terdahulu, ITC juga telah menandatangani perjanjian bersama rangkaian Maahad Tahfiz An-Nabawi (Matan Centre) yang ditubuhkan oleh pendakwah terkenal Malaysia, Ahmad Dusuki Abd Rani sebagai perunding kesihatan rasmi di setiap cawangan mereka.
Ditubuhkan sejak 2012, Into Taqwa pula sudah melancarkan beberapa inisiatif lain selaras dengan visi mereka iaitu memfokus terhadap pembangunan insan berteraskan Islam
Salah satu inisiatif ITC adalah IntoHajj iaitu sebuah kerjasama bersama Amal by Malaysian Airlines bagi memudahkan pergerakan jemaah haji dan umrah di Tanah Suci.
Selain itu, IntoHajj juga menyediakan perkhidmatan bungkusan makanan, kerusi roda dan lain-lain buat golongan asnaf di sana.
Tidak hanya itu, pada tahun 2015, IntoAlAqsa ditubuhkan bertujuan membantu rakyat Palestin yang terjejas kerana peperangan dan pembangunan Masjid Al-Aqsa, masjid ketiga terpenting umat Islam selepas Masjidil Haram dan Masjid Al-Nabawi.
Astro Awani
Tue Oct 19 2021

Pengasas ITaqwa Care Malaysia, Noorfarashikin Othman menyediakan perkhidmatan home nursing patuh syariah pertama di dunia termasuk memastikan kebajikan jemaah haji dan umrah terpelihara. - Sumber foto ITaqwa Care Malaysia
Chong Wei antara duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei antara legenda sukan global yang berada dalam senarai Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk dilantik sebagai duta sukan Johor.
Tiga pemain warisan Harimau Malaya tiba minggu depan
Proses bagi mendaftarkan beberapa pemain warisan Harimau Malaya kini di peringkat akhir.
Jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski memaklumkan, tiga pemain warisan juga dijangka tiba minggu hadapan.
Jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski memaklumkan, tiga pemain warisan juga dijangka tiba minggu hadapan.
Penstrukturan semula Sapura Energy lalui kelulusan pemiutang, proses mahkamah
Penstrukturan semula Sapura Energy Bhd (SEB) sudah melalui kelulusan pemiutang serta proses mahkamah manakala suntikan kerajaan bukannya geran tetapi pelaburan ke arah memulihkan ekosistem minyak dan gas (O&G) yang strategik untuk ekonomi negara.

Kes rogol pelajar: Pengajar institut kemahiran di Kemaman direman
Seorang tenaga pengajar di sebuah institut kemahiran di Kemaman direman enam hari kerana disyaki merogol seorang pelajarnya, hujung tahun lepas.

Palsu dokumen, modus operandi sindiket tipu JPN peroleh sijil kelahiran - Saifuddin
Satu sindiket dikesan mengemukakan dokumen kelahiran palsu dan memperdaya Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi mendapatkan sijil kelahiran sah untuk dijual dalam pasaran gelap.
Sindiket MyKad dan sijil kelahiran palsu tumpas
JPN menumpaskan sindiket pemalsuan MyKad dan sijil kelahiran dalam dua operasi berasingan. Beberapa individu ditahan, termasuk seorang peguam, dengan rampasan peralatan pemalsuan serta dokumen palsu yang digunakan untuk tujuan penipuan identiti.

TH terima 84,000 rayuan isi kekosongan haji
Lembaga Tabung Haji (TH) telah menerima 84,000 rayuan untuk mengisi kekosongan jemaah yang tidak dapat mengerjakan ibadat haji tahun ini.
[TERKINI] Kes Zayn Rayyan: Ibu bapa tidak mengaku salah abaikan
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen petaling jaya atas pertuduhan pindaan berhubung kesalahan mengabaikan anak mereka, pada tahun 2023.
Pantau Belanjawan: Hutang BNPL | Risiko besar masa depan di sebalik revolusi kewangan
Peningkatan transaksi BNPL kepada RM7.1 bilion menimbulkan persoalan kritikal mengenai kestabilan ekonomi, kawal selia undang-undang, dan risiko kewangan pengguna. Bagaimana RUU Kredit Pengguna dapat menyeimbangkan perlindungan pengguna tanpa menghalang inovasi Fintech?
AWANI Ringkas: JPN tumpaskan sindiket palsu sijil kelahiran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Pelihara kebajikan umat Islam kendali jemaah warga emas, uzur di Tanah Suci
ITaqwa Care Malaysia diasaskan untuk membantu kebajikan umat Islam yang mengerjakan umrah atau haji di Tanah Suci.