Rakyat Malaysia diingatkan agar tidak memandang ringan soal menjaga hubungan antara masyarakat berbilang kaum, agama dan budaya di negara ini kerana ia bukan sesuatu yang mudah untuk dikekalkan.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata walaupun kini rakyat Malaysia bertuah kerana masih dapat meraikan pelbagai perayaan termasuk Tahun Baru Cina dengan penuh harmoni dan aman, namun keadaan mungkin tidak sentiasa begitu.
Ini kerana, katanya, ada pihak yang cuba mengeruhkan keharmonian ini untuk tujuan tertentu, sehubungan itu semua pihak diharap tidak membiarkan diri mereka terhasut dengan perkara sebegitu.
"Di dalam sebuah negara yang rakyatnya berbilang kaum, agama, kita dapat meraikan kepelbagaian ini, dengan penuh keharmonian dan keamanan. Ini merupakan satu perkara yang biasa bagi kita.
"Tetapi ia tidak sentiasa begitu. Menjaga hubungan antara rakyat berlainan kaum dan agama, budaya, bukanlah satu perkara yang mudah dan kita tidak boleh pandang ringan perkara ini," katanya dalam video perutusan Tahun Baru Cina yang dimuat naik di laman sosialnya hari ini.
Video berdurasi dua minit itu disiarkan di laman Youtube rasmi perdana menteri, Chedet Official hari ini.
Sehubungan itu, Dr Mahathir menyeru seluruh rakyat untuk sama-sama berikrar untuk saling menjaga keharmonian, kestabilan dan keamanan di negara ini.
Dr Mahathir turut berharap seluruh rakyat dapat meneruskan tradisi mengunjungi rumah terbuka rakan dan taulan sempena sambutan Tahun Baru Cina esok.
"Ambillah peluang ini untuk kukuhkan lagi tali persaudaraan sesama kita rakyat Malaysia. Sekali lagi, saya serta isteri (Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali) mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina, Gong Xi Fa Chai, Xin Nian Kuai Le, Gong Xi Gong Xi," katanya.
Perayaan Tahun Baru Cina pada tahun ini disambut pada 5 dan 6 Feb, yang akan diraikan selama 15 hari sebelum berakhir dengan Perayaan Chap Goh Mei yang juga dikenali sebagai Hari Kekasih versi masyarakat Cina.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 04 2019
Dr Mahathir berkata ada pihak yang cuba mengeruhkan keharmonian ini untuk tujuan tertentu, sehubungan itu semua pihak diharap tidak membiarkan diri mereka terhasut dengan perkara sebegitu.- Gambar fail
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Kawal diri, jangan kongsi isu sentuh 3R - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan semua pihak agar mengawal diri daripada menulis atau menyentuh isu 3R.
#MZB365: Perpaduan dan keharmonian kaum perlu dipertahankan
Tindakan Ahmad Zaharil menunjukkan bahawa semangat perpaduan masih terus berkobar di hati rakyat Malaysia, dan bahawa keadilan tidak mengenal batasan etnik atau agama.
Kembali kepada Islam adalah penyelesaian isu perpaduan kaum - Penganalisis
Isu-isu yang berbangkit mutakhir ini mendesak rakyat Malaysia kini tanpa mengira perbezaan bangsa, agama dan fahaman politik adalah memastikan keharmonian kaum dan agama kekal utuh.
Sabar, fahami konteks dan jangan terburu-buru lakukan komen provokasi kaum - Pakar
Rakyat Malaysia seharusnya tidak memberi reaksi segera terhadap apa jua isu yang berkaitan dengan ketegangan kaum dan agama.
Mahathir tidak patut keluar kenyataan sentuh isu sensitif, kaum - Ramanan
Ramanan juga mendakwa bahawa pendirian bekas Perdana Menteri itu sendiri tidak konsisten dan sering bertukar parti politik.
Bangsa Malaysia konsep penyatuan, bukan lenyapkan mana-mana etnik
Aaron berkata, konsep Bangsa Malaysia sering kali disalah tafsir sebagai sentimen perkauman, sekali gus menjadi cabaran utama.
Agong seru IPT main peranan wujudkan akomodasi kaum
Titah baginda, semangat akomodasi antara kaum dan kesepaduan dalam kepelbagaian adalah ciri demokrasi Malaysia yang paling bestari
Usaha noktah kemiskinan tegar tidak hanya tertumpu kepada satu kaum sahaja - PM
Pendirian Kerajaan Perpaduan adalah jelas iaitu memastikan semua yang ada di negara ini mendapat hak masing-masing berpandukan Perlembagaan Persekutuan.
Kempen PRN: Elak sentuh isu 3R demi keharmonian rakyat - Pakar
Memainkan isu 3R semasa berkempen boleh menyebabkan pertelingkahan dalam kalangan masyarakat serta mengundang kesan buruk kepada negara.
Beri fokus kepada masalah ekonomi, tadbir urus - Anwar
Masalah yang dihadapi negara ketika ini adalah dari segi ekonomi dan tadbir urus yang harus diberi fokus dan bukannya ketidaksefahaman antara kaum, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.