KUALA LUMPUR: Pemain Akademi Manchester United Ethan Wheatley menafikan dakwaan yang mengatakan bahawa beliau mempunyai pertalian kekeluargaan dengan Malaysia.
Pemain berusia 18 tahun yang dilahirkan di Stockport berkata laporan mengaitkan beliau dengan Malaysia dan juga Indonesia adalah tidak benar.
"Saya tidak mempunyai darah Malaysia. Laporan itu salah, saya bukan warga Malaysia atau Indonesia," kata pemain bahagian serangan itu, ketika dihubungi Bernama.
Nama Wheatley mula menjadi perbincangan dalam kalangan peminat bola sepak tempatan, selepas laman pencarian bakat mendakwa beliau mempunyai pertalian darah dengan Malaysia melalui neneknya yang berasal dari Selangor.
Wheatley menandatangani kontrak profesional pertamanya bersama United pada Januari, berikutan prestasi mengagumkan dan berjaya menarik perhatian Pengurus Pasukan Erik ten Hag, selepas dipanggil berlatih bersama skuad utama pada Februari.
Beliau kini menjadi tonggak utama skuad bawah 18 tahun United dan dilaporkan telah membuat beberapa penampilan bersama skuad bawah 21 tahun The Red Devils.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 06 2024

Pemain berusia 18 tahun yang dilahirkan di Stockport berkata laporan mengaitkan beliau dengan Malaysia dan juga Indonesia adalah tidak benar. - Foto Instagram Ethan Wheatley

Bekalan elektrik di Sepanyol, Portugal mula pulih
Kejadian ini menjadi peringatan tentang betapa pentingnya kestabilan sistem tenaga dalam kehidupan seharian.

Putera William, Kate kembali ke Scotland rai ulang tahun perkahwinan
Pasangan diraja ini memilih untuk melawat Kepulauan Mull dan Iona, kawasan yang penuh dengan keindahan semula jadi.

Budak rosakkan lukisan Rothko bernilai RM250 juta di muzium Belanda
Lukisan abstrak oleh artis terkenal AS Mark Rothko mengalami calar pada bahagian bawah yang tidak dilapisi varnis.
AWANIPagi | Singapore votes: What's at stake this election?
Singapore heads to the polls in a pivotal election under new leadership. What’s at stake for voters, parties, and the region? We speak to Assoc. Prof. Dr. Ja Ian Chong, political analyst from National University of Singapure for a sharp, in-depth analysis. Catch the full conversation on ASEAN KITA.

Mahkamah dengar kes Harvard mengenai pembekuan dana Trump Julai ini
Kes ini berkaitan dengan pembekuan dana persekutuan bernilai lebih daripada AS$2 bilion.

UK hentikan perlindungan pelarian pesalah seks
Pesalah seks yang menimbulkan risiko kepada masyarakat tidak seharusnya mendapat manfaat daripada perlindungan pelarian di UK.

Rakyat Kanada mengundi selepas kempen pilihan raya dikuasai perang perdagangan Trump
Dengan lebih 7.3 juta rakyat Kanada telah mengundi awal, pilihan raya ini dijangka mencatatkan rekod kehadiran pengundi.

Tarif Trump: Peluang Malaysia untuk penuhi vakum permintaan produk China - Penganalisis
Perang dagang yang dicetuskan oleh kadar tarif yang dikenakan oleh Amerika Syarikat kepada rakan dagangnya merupakan peluang untuk Malaysia mengembangkan perdagangan.

Suruhanjaya Eropah berhubung dengan Sepanyol, Portugal susulan gangguan bekalan elektrik
Suruhanjaya sedang berhubung dengan pihak berkuasa kebangsaan Sepanyol dan Portugal untuk memahami punca asas serta kesan situasi ini.

Kardinal akan berkumpul untuk sidang papal pada 7 Mei, umum Vatican
Proses pemilihan yang berakar umbi dalam tradisi berabad-abad itu diadakan selepas Paus Francis meninggal dunia pada Isnin Easter.

Pemain Akademi Manchester United nafi ada pertalian keluarga Malaysia
Pemain Akademi Manchester United Ethan Wheatley menafikan dakwaan mengatakan bahawa beliau mempunyai pertalian kekeluargaan dengan Malaysia.