awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemancing hilang ditemukan lemas di Sungai Pengkalan Nangka

Bernama
Bernama
05/05/2025
05:45 MYT
Pemancing hilang ditemukan lemas di Sungai Pengkalan Nangka
Mayat Muhammad Salam Mohd Daud, 27, ditemukan oleh penduduk kampung pada 11.31 malam di lokasi sama tempat dia dilaporkan tergelincir dan jatuh. - Gambar/ JBPM
Seorang pemancing yang dilaporkan hilang selepas terjatuh ke dalam Sungai Pengkalan Nangka, Tumpat, Sabtu lepas, ditemukan lemas malam tadi.

Ringkasan AI
  • Muhammad Salam Mohd Daud, 27, ditemukan lemas oleh penduduk kampung di Sungai Pengkalan Nangka, Tumpat pada 11.31 malam.
  • Operasi mencari dan menyelamat ditamatkan selepas mayat Muhammad Salam dihantar ke Hospital Tumpat.
  • Bapa Muhammad Salam, Mohd Daud Che Husin, bersyukur jasad anaknya ditemukan dan jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Talak.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II Mohd Nazdy Mohd Nor berkata mayat Muhammad Salam Mohd Daud, 27, ditemukan oleh penduduk kampung pada 11.31 malam di lokasi sama tempat dia dilaporkan tergelincir dan jatuh.
"Arwah Muhammad Salam ditemukan terapung oleh penduduk kampung... Mayat kemudiannya dihantar ke Hospital Tumpat untuk tindakan lanjut. Operasi mencari dan menyelamat ditamatkan sepenuhnya," katanya kepada Bernama hari ini.
Media sebelum ini melaporkan arwah bersama rakannya Mohammad Nor Amirul Mohd Zaid, 25, ke lokasi itu sekitar 9 malam pada Sabtu lepas untuk memancing, sebelum Muhammad Salam tergelincir dan terjatuh ke dalam sungai.
Sementara itu bapa Muhammad Salam, Mohd Daud Che Husin, 56, meluahkan rasa syukur selepas anak ketiga daripada lima beradik itu berjaya ditemukan walaupun sudah tidak bernyawa.
"Saya tidak henti-henti berdoa dan melakukan solat hajat agar jasad anak saya ditemukan walaupun sudah tidak bernyawa, sekurang-kurangnya ada kuburnya. Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Talak hari ini," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes lemas
#pemancing lemas
#Tumpat
#pengkalan nangka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami