awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Khazanah catat prestasi berdaya tahan, rekod pulangan 5.2 peratus
Rahim & Co, Chestertons dari UK bekerjasama perkukuh perkhidmatan hartanah global
Vietnam mulakan pembinaan stadium bola sepak terbesar dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu bas ekspres cedera bas masuk gaung

Bernama
Bernama
06/01/2018
03:54 MYT
Pemandu bas ekspres cedera bas masuk gaung
Bas dipercayai melanggar belakang sebuah lori yang datang dari arah sama berikutan brek bas gagal berfungsi sebelum hilang kawalan dan terbabas ke dalam gaung. - Gambar hiasan
Pemandu bas Ekspres Sida cedera selepas bas dipandunya terbabas dan terjunam ke dalam gaung sedalam tiga meter, di Jalan Silam dekat sini, semalam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu Mohd Apandi Mahmood berkata kemalangan bas yang dalam perjalanan dari Sandakan ke Semporna kira-kira 6.40 petang itu mengakibatkan mangsa, Addy Rosel patah kaki namun 10 lagi penumpang bas tersebut tidak mengalami kecederaan.
"Bas dipercayai melanggar belakang sebuah lori yang datang dari arah sama berikutan brek bas gagal berfungsi sebelum hilang kawalan dan terbabas ke dalam gaung," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung perkara itu pada pukul 6.51 petang dan sembilan anggota bomba bersama dua jentera bergegas ke lokasi kejadian.
Mohd Apandi berkata pemandu bas yang cedera itu dihantar ke Hospital Lahad Datu bagi menerima rawatan lanjut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bas ekspres
#brek
#gaung
#kemalangan
#Lahad Datu
#pemandu bas
#Sandakan
#Semporna
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan