awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pasaran automotif Malaysia kekal utuh pada 2025, TIV cecah 820,752 unit - MAA
Perpustakaan Negara lancar pusat imersif, perkasa pendigitalan warisan negara
Remaja dikaitkan JI, Malaysia pilih pendekatan pemulihan - Ayob Khan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu bas ekspres jalani ujian air kencing setiap hari

Bernama
Bernama
22/04/2014
14:30 MYT
Pemandu bas ekspres jalani ujian air kencing setiap hari
Datuk Abdul Aziz Kaprawi
Semua pemandu bas ekspres akan menjalani ujian air kencing di semua terminal bas pada setiap hari mulai hari ini, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi.
"Jika dahulu kita buat hanya pada setiap musim perayaan tetapi kini kita akan buat setiap hari untuk memastikan tahap kesihatan pemandu bas sentiasa berada dalam keadaan baik," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa kemalangan bas di sini hari ini.
Beliau berkata operasi yang melibatkan seramai kira-kira 8,600 pemandu ini akan dilaksanakan dengan kerjasama di antara Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dengan Agensi Anti Dadah Kebangsaan. Jelasnya lesen memandu akan ditahan serta-merta sekiranya pemandu tersebut gagal (positif) dalam ujian air kencing itu.
Selain dari itu, katanya pihak JPJ juga akan membuat operasi penyamaran sebagai penumpang setiap hari bermula hari ini.
"Anggota JPJ ini akan menyamar dan merekodkan kesalahan-kesalahan para pemandu sepanjang perjalanan, dan sekiranya terdapat kesalahan saman akan dikeluarkan serta-merta sebaik bas tersebut sampai ke destinasi," katanya.
Topic Berkaitan
#bas
#Datuk Abdul Aziz Kaprawi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan