Skip to main content
Advertisement

Malaysia

Jerebu: Kemaman masuk senarai 33 stesen catat IPU tidak sihat setakat 2 petang

KUALA TERENGGANU, 21 Julai - Pemandangan sekitar pusat bandar Kuala Terengganu sedikit kabur berikutan jerebu ketika tinjauan di sini hari ini. Sembilan lokasi di seluruh negara mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat, setakat jam 2.30 petang ini, meningkat berbanding lapan pada pagi tadi. Berdasarkan maklumat laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS), Jabatan Alam Sekitar (JAS), lokasi berkenaan ialah Alor Gajah di Melaka yang masih mencatat bacaan tertinggi dengan
Menurut data terkini daripada Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), daerah di Terengganu itu mencatatkan bacaan IPU 104, sekali gus melepasi kategori sederhana dan menyertai Kuala Terengganu yang turut berada pada tahap tidak sihat dengan bacaan IPU 127. -Gambar fail/Bernama
Advertisement

KUALA LUMPUR: Kemaman menjadi kawasan terbaharu di Pantai Timur yang merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 2 petang ini.

Menurut data terkini daripada Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), daerah di Terengganu itu mencatatkan bacaan IPU 104, sekali gus melepasi kategori sederhana dan menyertai Kuala Terengganu yang turut berada pada tahap tidak sihat dengan bacaan IPU 127.

Perkembangan itu menjadikan keseluruhan 33 stesen pemantauan udara di seluruh negara merekodkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat.

Sementara itu, stesen pemantauan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian, Sarawak terus mencatatkan bacaan tertinggi negara iaitu IPU 175.

Nilai di Negeri Sembilan, Bandaraya Melaka serta Johan Setia di Selangor masing-masing merekodkan bacaan IPU 173, manakala Larkin dan Pasir Gudang di Johor mencatatkan bacaan IPU 172.

Status kualiti udara nasional yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) menunjukkan 29 stesen berada pada tahap sederhana, manakala hanya enam stesen masih berada dalam kategori baik.

Limbang, Sarawak merekodkan bacaan IPU terendah negara iaitu 26, diikuti Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri, Sarawak (31) dan Kota Kinabalu, Sabah (32).

Bacaan IPU antara sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat, manakala bacaan melebihi 300 berada pada tahap berbahaya.

Orang ramai dinasihatkan mengehadkan aktiviti luar, menutup tingkap rumah serta memakai pelitup muka yang sesuai, termasuk N95, bagi mengurangkan pendedahan kepada zarah halus PM2.5 yang boleh menjejaskan kesihatan pernafasan.
 

Must Watch Video

Advertisement