awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu bas kilang maut kereta terperosok bawah treler

Sinar Harian
Sinar Harian
25/03/2024
05:58 MYT
Pemandu bas kilang maut kereta terperosok bawah treler
Kereta yang dipandu mangsa terperosok di bawah treler dalam kemalangan maut di kawasan Perindustrian Lipat Kajang pada Isnin. -Foto Sinar Harian
JASIN: Seorang lelaki maut selepas kereta Proton Wira yang dipandunya terperosok di bawah sebuah treler di kawasan Perindustrian Lipat Kajang, di sini, pada Isnin.
Dalam kejadian lebih kurang jam 7.39 pagi, mangsa yang bekerja sebagai pemandu bas kilang, Ahmad Johari Mohamad Nin, 48, atau lebih dikenali dengan panggilan 'Wak Joe' meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintenden Ahmad Jamil Radzi berkata, siasatan awal mendapati treler yang dipandu seorang warga emas berusia 60 tahun dari arah kilang kaca menuju ke jalan besar menghala ke Lipat Kajang.
Menurutnya, setiba di lokasi kejadian kenderaan berat itu telah keluar dari simpang manakala kereta dipandu mangsa dari arah Lipat Kajang menghala ke kilang kaca gagal mengelak lalu melanggar bahagian tengah treler terbabit.
"Pemandu kereta disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
"Siasatan di tempat kejadian juga mendapati jalan lurus, cuaca baik dan permukaan jalan kering," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Sebelum itu, gambar dan video kemalangan tragis berdurasi 44 saat itu tular di media sosial yang turut memapar seorang wanita berbaju hitam bertindak memarahi seorang lelaki dipercayai pemandu treler berkenaan. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#terperosok bawah treler
#kawasan Perindustrian Lipat Kajang
#Wak Joe
#proton wira
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan