awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bergaduh: Tiga sekeluarga, seorang artis Singapura didakwa
Dokumen palsu: Bekas pengarah, penggiat seni dipenjara 6 bulan, denda RM10,000
'Alhamdulillah… Medina stabil selepas pemindahan hati'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu bas maut, nahas dengan dua lori

Sinar Harian
Sinar Harian
15/08/2024
08:15 MYT
Pemandu bas maut, nahas dengan dua lori
Anggota bomba melakukan kerja-kerja menyelamat mangsa dalam kemalangan di Kilometer 49.4, Lebuhraya Utara Selatan pada awal pagi Khamis. - Foto/ JBPM
KULAI: Seorang pemandu bas maut, manakala 11 penumpang kenderaan itu termasuk seorang orang kurang upaya (OKU) cedera dalam kemalangan di Kilometer 49.4, Lebuhraya Utara Selatan pada awal pagi Khamis.
Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Shoromi Salih berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian kemalangan itu pada jam 2.15 pagi.
Menurutnya, satu pasukan keluaran operasi melibatkan dua jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu unit jentera Perkhidmatan Perawatan dan Penyelamatan Kecemasan (EMRA) dengan 10 anggota bomba dihantar ke lokasi.
"Kemalangan itu melibatkan tiga kenderaan iaitu sebuah bas ekspres dan dua buah lori.
"Pemandu bas dan pemandu lori tersepit di tempat duduk. Bomba kemudian mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan khas,” katanya.
Tambah beliau, pemandu bas yang tersepit di tempat duduk disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu lori yang cedera diserahkan kepada pihak ambulans untuk dihantar ke hospital.
"Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
"Operasi ditamatkan pada jam 5.21 pagi," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kemalangan bas
#PLUS
#Kulai
#pemandu bas maut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan