Kementerian Pengangkutan memberi tempoh tiga bulan bermula hari ini kepada semua pemandu e-hailing yang masih belum memenuhi syarat untuk meneruskan operasi.
Menterinya Anthony Loke Siew Fook berkata, tempoh berkenaan merupakan penguatkuasaan yang dilaksanakan secara 'soft-landing' di samping memberi nasihat dan amaran kepada pemandu supaya memenuhi syarat ditetapkan termasuk memiliki Lesen Kenderaan Pengangkutan Awam (PSV).
"Untuk tempoh masa tiga bulan mulai 12 Julai, 2019, mana-mana pemandu yang memandu tanpa lesen PSV atau memandu dengan tidak mematuhi syarat kenderaan, akan diberi nasihat, pendidikan dan amaran akhir," katanya.
Beliau berkata demikian pada satu sidang media di kementeriannya di sini hari ini, iaitu hari terakhir bagi pemandu e-hailing untuk memohon lesen PSV.
Sebelum ini, Loke dilaporkan berkata, mulai Julai 2019, semua pemandu perkhidmatan e-hailing perlu menduduki kursus dan memperoleh lesen PSV sama seperti yang diwajibkan ke atas pemandu teksi.
Ia adalah sebahagian langkah kerajaan untuk mengawal selia industri perkhidmatan e-hailing dan mewujudkan persekitaran yang sama rata seperti perkhidmatan teksi.
BACA: "Beri tempoh 30 hari lagi kepada pemandu e-hailing"
Katanya, tempoh tiga bulan yang diberikan adalah bagi memberi peluang kepada semua pemandu e-hailing untuk memenuhi syarat yang dikenakan, meskipun tarikh akhir tersebut telah diumumkan sebelum ini.
"Kita tahu ramai pemandu menjalankan proses ujian PSV itu. Kita sudah menjangkakan dan meminta pemandu jangan ambil pada saat-saat akhir.
"Kita lihat menjelang 12 Julai, ribuan pemandu mengambil kursus ini dan proses masih berjalan.
"Pelbagai pihak memberi pandangan, tetapi penguatkuasaan bermula hari ini dan tidak ada penangguhan," katanya.
BACA: Lesen PSV pemandu e-hailing: Sambutan masih kurang
Tambahnya, beliau telah meminta Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan supaya menjalankan penguatkuasaan secara berhemah.
Menurut Loke, sehingga kini, sebanyak 31,731 calon telah mendaftar untuk menduduki kursus dan ujian PSV di 226 institut memandu (IM) seluruh negara.
"Secara keseluruhan, jumlah calon yang telah lulus ujian PSV adalah sebanyak 22,981 orang," katanya.
Daripada jumlah itu, sebanyak 25,248 calon telah melengkapkan sesi kursus dan 19,891 calon telah lulus ujian PSV.
Sebanyak 16,528 calon telah menghadiri kursus yang dijalankan oleh syarikat perniagaan pengantaraan (eHO).
Fareez Azman
Fri Jul 12 2019

Dalam tempoh tiga bulan ini, kerajaan mahu mendidik dan memberi nasihat kepada pemandu-pemandu e-hailing untuk mendapatkan Lesen Lenderaan Pengangkutan Awam, kata Anthony Loke. - Gambar fail

Gempa bumi sederhana melanda Selatan Sumba, Indonesia
Gempa itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.

Sukan Perpaduan Islam: Irfan Shamsuddin dibatasi kecederaan
Dia melakar catatan 59.37m menerusi balingan pertamanya dan hanya menyempurnakan dua lontaran daripada baki aksi.

Karachi, bandar paling tidak sesuai didiami di dunia
Ia diburukkan lagi dengan isu kebersihan apabila sampah dan sisa makanan dibuang di tepi jalan, mengundang ketidakselesaan.

3,942 kes baharu COVID-19, empat kematian
Pengurangan itu menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 4.69 juta sejak pandemik melanda negara.

Penganalisis semak semula unjuran KDNK 2022 hingga 6.6%, jangka OPR dinaikkan September ini
Pertumbuhan pada suku berkenaan adalah lebih kukuh berbanding suku pertama yang berkembang 5%.
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [13 Ogos 2022] AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [13 Ogos 2022]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1982406/thumbnails/28747944061660351721926_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [13 Ogos 2022]
Ketahui berita yang perlu anda tahu hari ini bersama Afiezy Azaman dan Geegee Ahmad dalam #AWANIpagi Antara fokus AWANI Pagi hari ini merangkumi: Malaysia laksana polisi pengurusan kenderaan akhir hayat menjelang 2025 Kuasa beli menurun, corak perbelanjaan kini berubah - Kajian #AWANInews #MalaysiaSihat

Hong Leong Bank diiktiraf bank PKS terbaik untuk kali ke-4 di Anugerah Perkhidmatan Kewangan Runcit 2022
HLB juga dinobatkan sebagai 'Bank PKS Terbaik di Malaysia' oleh Asian Banking and Finance baru-baru ini.

AWANI Pagi: AWANI Pagi: KLFW I Dimana KLFW membawa jenama lokal selepas 10 tahun
Acara fesyen, Kuala Lumpu Fashion Week (KLFW) telah sedekad meraikan bakat-bakat atau karya pereka fesyen tempatan. Namun apa pula yang akan dibawakan selepas 10 tahun ini? Bagaimana ia membawa jenama Malaysia ke peringkat antarabangsa? Diskusinya dalam #AWANIPagi #AWANInews #MalaysiaSihat

Saraf Salman Rushdie putus akibat ditikam, mungkin buta sebelah mata
Salman cedera selepas ditikam di atas pentas pada acara sastera di Institut Chautauqua, New York pada Jumaat.

Aramex Malaysia beli 10 motosikal baharu, lancar program Ride-2-Own
Pembelian motosikal itu juga sekali gus mengembangkan lagi perkhidmatan syarikat itu kepada komuniti di Malaysia.

Tidak timbul kerjasama dengan UMNO - Anwar
Maksud kenyataan Anthony Loke tidak sampai membawa kerjasama PH dan UMNO, tegas Anwar.

DUN N.Sembilan lulus usul berkaitan kos sara hidup
Usul itu membolehkan kerajaan negeri membekukan sebarang kenaikan kadar dalam apa jua cukai, sewa, caj dan bayaran sehingga inflasi dapat dikawal.

PRU15: Bangi akan jadi kawasan pengundian mencabar kepada DAP - Loke
Parlimen Bangi akan menjadi kawasan pengundian yang mencabar kepada DAP pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Setiausaha Agungnya Anthony Loke Siew Fook.

Anthony Loke sumbang RM108,000 kepada masjid dan surau
Ia merupakan susulan kepada peruntukan RM78,000 kepada tujuh masjid dan 25 surau di seluruh DUN Nilai yang disampaikan dua minggu lalu.

'MoU perlu dibincang di antara PM dan PH, bukan keputusan MKT UMNO' - Anthony Loke
Kata Ahli Parlimen Seremban itu, keputusan MKT UMNO itu adalah urusan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dengan partinya.

RUU Antilompat Parti: PM perlu selesaikan perbezaan antara parti dalam kerajaan - Anthony Loke
Penangguhan pembentangan RUU Antilompat Parti adalah disebabkan tiada konsensus dalam Kabinet.

Agihan peruntukan kepada wakil rakyat perlu sama rata - Anthony Loke
Perbezaan besar antara peruntukan diterima Ahli Parlimen kerajaan dengan pembangkang menyebabkan bantuan tidak dapat diagihkan secukupnya kepada rakyat.

LRT bertembung: Pendakwaan perlu disegera jika babit kecuaian manusia - Siew Fook
Sekiranya kemalangan tren Transit Aliran Ringan (LRT) bertembung melibatkan kecuaian manusia, tindakan pendakwaan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 harus diambil segera.

COVID-19: DAP mohon penangguhan Kongres Kebangsaan parti
Kongres Kebangsaan DAP yang sepatutnya diadakan pada 20 Jun 2021 terpaksa ditangguhkan ke satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Jawatankuasa Khas Bebas Darurat: Harap pembangkang bersikap profesional - Wan Saiful
Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Wan Saiful Wan Jan berharap wakil-wakil pembangkang tidak membuat keputusan yang hanya berpandukan nafsu politik.