awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Xi Jinping hubungi Trump selepas perbincangan maya dengan Putin
141 kes buang sampah di bawah Akta 672 terima izin mendakwa - SWCorp
Selangor FC sahkan tempat ke separuh akhir Kejuaraan Kelab ASEAN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu hilangkan diri selepas kenderaan terbakar

Bernama
Bernama
16/10/2013
11:31 MYT
Pemandu hilangkan diri selepas kenderaan terbakar
Seorang pemandu pacuan empat roda bertindak menghilangkan diri selepas kenderaan yang membawa muatan dua silinder gas itu terbakar di Jalan Petanak, dekat sini hari ini.
Kejadian itu turut menyebabkan seorang awam cedera terkena serpihan cermin kenderaan itu akibat letupan satu daripada silinder gas itu.
Ketua Bomba Zon Kuching Tiong Ling Hii berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 11.12 pagi dan sebuah jentera dengan tujuh anggota mengambil masa 10 minit untuk memadamkan kebakaran.
Beliau berkata pasukan bomba dan penyelamat itu turut dibantu tiga unit Gerak Cepat Bermotosikal (RIM) dan sebuah jentera bersama tujuh anggota Pasukan Unit Bahan Bahaya (Hazmat).
"Kenderaan itu membawa muatan dua tong gas 'Acetylene', satu silinder telah meletup menyebabkan sebahagian kenderaan terbakar manakala sebuah lagi tong mengalami kebocoran," katanya kepada Bernama, di sini.
Beliau berkata pasukan Hazmat telah mengosongkan kandungan gas dalam silinder yang bocor itu.
Sehingga kini pemandu kenderaan itu gagal dikesan, katanya.
Topic Berkaitan
#letupan
#pacuan empat roda
#silinder gas
#terbakar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan