awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Parti PM Takaichi dijangka raih kemenangan besar - Kajian Asahi
Bekas menteri UK keluar Parti Buruh susulan pendedahan baharu Epstein
Warga emas, cucu rentung dalam kebakaran rumah pekerja di Bintulu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu Honda Accord dibelasah selepas langgar Axia

Sinar Harian
Sinar Harian
30/08/2023
06:56 MYT
Pemandu Honda Accord dibelasah selepas langgar Axia
Polis sedang mengesan empat lagi suspek yang terlibat dalam kejadian pukul seorang pemandu kereta di Persiaran Anggerik Mokara, Kota Kemuning. -Gambar fail/PDRM
SHAH ALAM: Gara-gara tidak berpuas hati kereta dilanggar, lima lelaki bertindak membelasah seorang pemandu yang juga dipercayai ahli perniagaan dalam kejadian di Persiaran Anggerik Mokara, Kota Kemuning, di sini, pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pelanggaran berlaku di Persiaran Eco Santuary, Telok Panglima Garang di Kuala Langat membabitkan dua kereta jenis Honda Accord yang dipandu mangsa serta Perodua Axia dipandu suspek.
Menurutnya, mangsa berusia 43 tahun itu kemudian bertindak melarikan diri.
"Suspek yang tidak berpuas hati kerana mangsa melarikan diri kemudian telah memukul mangsa hingga cedera di mata kiri, pipi, leher, dada dan telinga.
"Mangsa telah dikejarkan ke Sunway Medical Centre menaiki ambulans dan kini sedang ditahan di wad untuk rawatan susulan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Susulan itu, kata Mohd Iqbal, satu laporan telah dibuat Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam pada jam 7.33 pagi selepas menerima maklumat daripada orang awam yang melihat kejadian.
Tambahnya, polis kemudian berjaya menahan seorang suspek, manakala empat lagi rakannya telah melarikan diri.
"Polis turut merampas sebilah parang dalam kereta jenis Perodua Axia.
"Usaha masih dijalankan untuk mengesan empat lagi suspek yang masih bebas," ujarnya.
Katanya lagi, suspek berusia 27 tahun itu telah direman empat hari sehingga Jumaat ini untuk siasatan mengikut Seksyen 147/279 Kanun Keseksaan.
"Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat kes, Inspektor Mohamad Zulkifli Mohamad di talian 03-55202222," katanya. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Axia
#kereta dilanggar
#Persiaran Anggerik Mokara
#Pemandu Honda Accord dibelasah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan