awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu kargo dari Malaysia perlu pamer keputusan COVID-19 prapelepasan sebelum ke Singapura

Bernama
Bernama
21/03/2022
21:17 MYT
Pemandu kargo dari Malaysia perlu pamer keputusan COVID-19 prapelepasan sebelum ke Singapura
Pemandu dan kelindan perlu kemuka keputusan ujian negatif COVID-19 atau buktikan mereka telah pulih daripada COVID-19 sebelum dibenarkan masuk ke Singapura. - Gambar hiasan
SINGAPURA: Pemandu kargo dan kelindan yang ingin menyeberangi Singapura perlu melakukan ujian PCR atau ART pra-pelepasan di pusat kemudahan bertauliah di Malaysia, dua hari sebelum berlepas.
Portal berita dalam talian The Straits Times pada Ahad melaporkan peraturan baharu itu berkuat kuasa Khamis (24 Mac) berikutan Singapura menghentikan ujian semasa ketibaan (OAT) COVID-19 di pusat pemeriksaan darat.
Pemandu dan kelindan perlu mengemukakan keputusan ujian negatif COVID-19 atau membuktikan mereka telah pulih daripada COVID-19 di pusat pemeriksaan di Tuas dan Woodlands, sebelum dibenarkan masuk ke Singapura.
Sejak 14 Mac, Kementerian Perdagangan dan Perindustrian (MTI) telah mengedarkan risalah kepada pemandu kargo bagi memaklumkan prosedur baharu itu.
Di bawah prosedur baharu itu, seorang pemandu yang ingin ke Singapura pada 3 April boleh melakukan ujian pada bila-bila masa seawal 1 April.
Keputusan ujian itu boleh digunakan untuk kemasukan tanpa had ke Singapura yang tempoh sahnya selama dua hari.
Sijil ujian yang dikemukakan mestilah dalam bahasa Inggeris, sama ada dicetak atau 'soft copy' dan bukan tulisan tangan.
Selain itu, sijil berkenaan perlu mempunyai nama individu berkenaan, tarikh lahir dan nombor pasport, termasuk tarikh dan masa ujian, serta nama pembekal ujian.
Semua pemandu kargo dari Malaysia yang masuk di bawah aturan ini mesti lengkap vaksinasi.
Mereka yang baru sembuh daripada COVID-19 dibenarkan masuk tanpa perlu menunjukkan keputusan ujian jika mempamerkan bukti jangkitan dalam tempoh 90 hari lalu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Singapura
#pemandu kargo
#vaksinasi
#ujian saringan COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan