awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Mangsa ragut warga emas cedera selepas diseret 10 meter di Ketereh
Bekas Ketua Perisikan, pegawai kanan ATM antara didakwa kes rasuah esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu lori lima tan maut, kelindan parah dalam kemalangan dengan treler

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
05/07/2020
06:23 MYT
Pemandu lori lima tan maut, kelindan parah dalam kemalangan dengan treler
Pemandu lori terbabit, yang belum dipastikan identitinya, meninggal dunia di tempat kejadian akibat tersepit di tempat duduk pemandu. - Foto Astro AWANI
Tidak berkesempatan menghantar barangan kepada pelanggan, seorang pemandu sebuah lori lima tan maut manakala kelindannya cedera parah di kepala selepas lori yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler di Jalan Utama Grik, Kulim-Baling, hari ini.
Dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, pemandu lori terbabit, yang belum dipastikan identitinya, meninggal dunia di tempat kejadian akibat tersepit di tempat duduk pemandu.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain, ketika ditemui berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan itu pada jam 12.06 tengahari.
Beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling tiba di lokasi mendapati terdapat kemalangan membabitkan sebuah lori treler dengan lori lima tan di tempat kejadian.
Tinjauan mendapati keadaan di lokasi kemalangan berselerakan dengan serpihan badan lori yang bertaburan di atas jalan. - Foto Astro AWANI
Tinjauan mendapati keadaan di lokasi kemalangan berselerakan dengan serpihan badan lori yang bertaburan di atas jalan. - Foto Astro AWANI
Tinjauan mendapati keadaan di lokasi kemalangan berselerakan dengan serpihan badan lori yang bertaburan di atas jalan.
Anggota bomba mengambil masa kira-kira sepuluh minit untuk mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu dengan menggunakan peralatan khas (rescue tools).
Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling tiba di lokasi mendapati terdapat kemalangan membabitkan sebuah lori treler dengan lori lima tan di tempat kejadian. - Foto Astro AWANI
Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling tiba di lokasi mendapati terdapat kemalangan membabitkan sebuah lori treler dengan lori lima tan di tempat kejadian. -Foto Astro AWANI
Pemandi lori meninggal dunia di tempat kejadian akibat tersepit di tempat duduk pemandu. - Foto Astro AWANI
Pemandu lori meninggal dunia di tempat kejadian akibat tersepit di tempat duduk pemandu. - Foto Astro AWANI
Mohamadul Ehsan berkata, kelindan lori lima tan itu mengalami kecederaan parah di kepala dihantar ke Hospital Baling untuk rawatan lanjut. Bagaimanapun pemandu treler itu tidak mengalami kecederaan.
Setakat ini identiti kesemua mangsa tidak dikenal pasti dan mayat mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Topic Berkaitan
#Baling
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
#Kedah
#kemalangan
#Lori
#maut
#meninggal dunia
#treler
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan